Mak: Ina! cepat bersiap ! dah pukul berapa ni ! dah lambat!!
Ina: ye ye ! dah siap!
kereta myvi putih bergerak lajuu.. Kelibat Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin melambai lambai,
`tu sekolahnya mak`
`ohhh,bang bang ni belok sini`
Selamat Datang :) -sapa seorang akak lalu dia salam ibuku kemudian terus menawarkan diri untuk angkat beg beg ana . Semuanya berat-berat belakaaa,kesian ana tengok akak tu,sampai sekarang rasa serbasalah
-_____-
Malam pertama di KISAS.
`Okay,memandangkan kita ada adik-adik yang baru masuk,jom kita nyanyi untuk mereka!` seorang senior bersuara.
1,2,3
Selamat Datang adik,ke dunia batu kaca,
usah resah dan keliru,
karna neon nya terpadam,
jalan ini sibuk,
siapa pun takkan berhenti,
mobil silih berganti,sekalipun kau melintasi ada asap hitam memedih~
*rindunya kat akak2 nyanyi lagu ni :'(*
sebenarnya maksud lagu ni KISAS sekolahnya tepi jalan,tu yg ada word mobil2 tu.
i guess,huhu
Rasa diri ini dihargai,kedatangan kami ke sini disambut gembira,
Bahagianya rasa hati ini dari langkah pertama ku hingga sekarang :)
okay adik2,akak nak cerita pasal KISAS ni,
KISAS ni dulu istana tau,
lepastu Sultan waqafkan maka terbinalah KISAS,Bumi Waqafan Bumi Bertuah :)
-MINGGU JALINAN KASIH-
Ni minggu orentasi sebenarnya,ya kami form4 dan kami dilayan seperti form1 .haha >.<
Best MJK ni,sebabnya banyak aktiviti yang best2 PRS buat
Lagu MJK masih segar dalam ingatan ,lagu ni
makna lirik yang sangat mendalam,terasa ukhuwwah semakin mantap
kami nyanyi lagu ni sambil letak tangan atas bahu kawan kiri kanan
Dari tak kenal,jadi kenal
Bila dah kenal jadi kawan
Bila dah kawan jadi rapat
Bila dah rapat dapat rasa kemanisan berukhuwwah
ya KISAS ada keunikkannya.
tengok ni
tapi sekarang dah jadi 6
satu lagi Usrah :)
Sungguh ku katakan,
diriku yang asalnya hanya dari SMK sahaja,hanya sekadar aliran ARAB sangat2 kagum terpesona tergamam terpana terpaku dengan keindahan ISLAM yang selama ni ana takpernah rasa.
Diri ini ditarbiyyah dengan kata2 yang penuh hikmah, dan penuh dengan keinsafan.
Ana muhasabah,dulu ana jahil sangat bab bab agama ni,tapi sekarang alhamdulillah ada juga ilmu sikit-sikit yang dapat dipelajari di sini,Bumi Waqafan Bumi tarbiyyah.
Kehidupan ku berubah serta merta.
Terasa diri ini lebih dekat dengan Allah,
Terasa manisnya beribadah hanya kepada Allah
Beribadah kepada yang Maha Esa atas dasar Cinta,kasih,hamba dan mardhotillah !
Aku bersyukur kepada yang MAHA ESA,
kerana mencampakkan diriku di tempat yang baik yang bolehku jadikan sebagai titik permulaan untuk diriku berubah.
Sesungguhnya perancangan Allah itu hebat!
Ku hargai takdir ini ya Allah :')
Thanks for everything.
#Okay,nantikan My Fate #part 3 .coming soon,hmm sekolah hari khamis,balik rabu ni *menghitung hari*
tak sabar nak balik KISAS! Lailan Saidah,Assalamualaikum ^^V