Friday, November 22, 2013

Lets flashback.

Selamat pagi , selamat petang , selamat malam :) Apa khabar iman kita harini ? hee apa apa pon , marilah kita membuka majlis kita dengan Surah AL-Fatihah . Alhamdulillah , marilah kita memanjatkan kesyukuran yang setinggi tingginya kepada Allah S.W.T kerana kita masih bernafas lagi di atas bumiNya dan atas jerih payah baginda nabi Muhammad S.A.W kita masih lagi menikmati nikmat IMAN dan ISLAM pada hari ini , Alhamdulillah .
Hee ayat di atas ini , ukhti ukhti , akhi akhi Kisas sering menggunakan ayat ayat di atas sebelum start apa apa majlis .hee , jadinya anda semua nak tahu tak bagaimana life saya di Kisas bumi waqafan ini ? Yaa saya akan ceritakan . wink wink .
First day in Kisas - Mak mana kasut ina , mak mana beg mana mana mana dan mana . *riuh pagi pagi di dalam rumah* aku dah siap kemas beg beg tu semua malam sebelum nk pergi tuh , pagii tu just nak make sure semua barang ada .tanak tertinggal apa apa .
Setibanya di Kolej Islam Sultan Alam Shah , then aku macam :O ooooo lawaaa sekolah ni , besar juga . Masuk kereta dalam sekolah then pergi Dewan Muttaqin Al-Muthaqqafin buat pendaftaran kan . Then aku macam hah ? Penuh nyaaa dewan ni acano nak duduk , then ada kakak datang kata adik masuk sini duduk sini siap amekkan kerusi , baik benar kakak tu :)
*Sila click pada gambar untuk tumbesaran*

Dengar Pengetua berucap yaa salah satunya yang paling aku ingat dia kata
`Kamu lah orang yg dipilih oleh Allah untuk masuk ke Kisas ni `
and mee like woooo right , so aku takkan sia sia kan peluang dan rezeki yang Allah dah bagi :')
then time for masuk hostel ! okay err jangan tanya la aku bawak berapa beg , 3 jer , haha banyakkan ? diam ah -.- tapi berat2 semuanya , ada akak tu dia tolong aku bawak beg , kesian dia , dahla berat ! Ya Allah , akak tu tahan jer , gagah kakak tu bawak padahal aku tahu dia sedang menahan kesakitan membawa beg aku itu hahaha sayang akak :*
Setibanya di depan pintu aspuri , 
`adik , rumah apa ? dorm berapa ? `
and me likee `ohh kertas yg akk tu bagi ada tulis rumah dengan no.dorm`
`Rumah Ali , dorm 32 `
Ohh rumah Ali laa , okay okay jom ikut akak , kata akak itu .
okay nak tahu tak dorm aku en en atas sekali ! haha level 4 ! huiyoo jangan harap lah aku nak gemok kan , always slim okay , bayangkan sehari sahaja dah berapa kali naik turun tangga -.-
Masuk dorm je , okay adik pilih la nak katil mana , aku macam blur2 haa ? pilih ? haha
Katil double decker kay aku macam ishh nak atas ke bawah ?
aku pon malas nak pikiaq panjang aku main sebut ja `bawah la yang ni `
aku tunjuk katil mana aku nak , aku ni pandai tak check pon gebu tak katil aku , bantal aku keras ke tak hahaha lantak la asal nyenyak tidur cukup .
then mak datang kat dorm aku , mak aku yg pasangkan cadar , selimut , sarung bantal hahaha malu bohh , aku nak ja buat sendiri tapi aku kabut sangat time tu. Nak isi borang SMM bagai , adeh sabar jelah haha .
then aku nak cakap locker aku besar ! haha alaa locker yg standard tu kan , locker besi tu , heee sayang , locker aku jauh dengan katil aku . haha susah ah jauh , nanti malam malam lapaq , nak selongkaq locker jauhh :'( hahahaha lol
then aku kemas-kemas baju bau dalam locker dan yaa banyak benar baju yang aku bawak -.-
MAKANAN aku pon banyak , dan WAJIB BANYAK sekian . hahaha
locker aku dah siap label soo aku ikut jela , makanan letak mana , baju letak mana , alat-alat solek letak mana , letak buku kat mana . 
Then pergi surau solat,then aku tak jemaah pon , takut nak jemaah sekali hahaha budak baru kan , satu budaya kat kisas ni yang aku kagum juga depa takkan solat sorang2 , mesti berjemaah . contoh kan , akan ada seorang jadi imam then ada la makmumnya kan , then kata imam tu dah rakaat keempat , orang lain yg masuk lambat akan buat sof baru , dan imam baru then solat jemaah . haaaa bagus kan , ada sesetengah orang lagi suka solat bersendirian.
aku taktahu nak cerita apa dah haha banyak lagi tapi tulah tak reti la nak cerita kat sini haha , kena face to face , haaa hampa face to face dengan aku aku cerita non-stop hahah ni belum aku cerita lagi dugaan yang perlu aku hadapi kat Kisas ni hahahaha , sokay aku bagi hampa tengok gambar jelah eh .
last but not least , aku bangga jadi warga Kisas , KISASIANS ^^
*pandangan dari jejantas *

* Inilah pejabat Kisas , lawaa ken *

*Yang ni Dewan Kuliah Ulul Albab 

*Acehh masuk masuk je pagar kisas , benda ni yang aku nampak dulu 

*COE ! Centre Of Excellence tempat kami berhimpun pagi pagi , hampa tak nampak la tapak perhimpuanannya ni pentas dia -.-

Ni ja yang mampu aku cerita hahaha cewahh , nanti aku bagitahu lagi okay , ikut semasa ke semasa hahaha , okay undur diri , Assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment