Saturday, November 23, 2013

Hanya mampu senyum :)

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya Allah masih bagi kita bernafas dan bagi anda peluang untuk hidup dan baca blog saya.Seterusnya selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan jerih payah Baginda,penat lelah Baginda,berkocaknya darah di sepatu Baginda,patahnya gigi Baginda berdakwah akkhirnya sampai Islam kepada kita dan satu nikmat lagi iaitu Iman InsyaAllah.*actually Intro budak kisas setiap kali mula tazkirah*bila takde intro mcm ada kurang je.Benda baru belajar :D

Orait,soo tajuk harini mcm tak kena tapi apa yang saya nak ceritakan sebenarnya pasal Jemaah Subuh di Masjid.

Pagi tadi ayah ajak la pergi Masjid kan,subuh kottt.Mengantuk mata berkedip-kedip je kan,aku  pun apa lagi bangun minum air bantai buah epal,tetiba rasa lapar,buah je ada,biskut ada tapi tak selera tekak,nak buah jugakMaka saya pun makan epal jap,.
adik turun.

Kak ,buat apa tu? MAKAN ? EPAL pepagi dah kenapa? lapar kebuluq ka? *gelak jahat*

Me: err,diam lah.Jangan nk terkejut sangat,ho laaa lapaq kut,akak bantai epal bukan apa,nak segar time kuliah subuh nanti ,epal kan FRESH .kang takpasai-pasai tersengguk-sengguk apa pun takdapat.

adik: yelah kak oi,dah cepat pergi amek wudhu` sana.


hek,annoying betul lah dia ni,aku kalau tak gaduh dgn dia sehari mmg tak sah.Sabar.

Err,ni dah melencong mana,tajuk Solat Berjemaah . Kemudian pergilah masjid,dah sampai,tengok uish banyak juga kereta.Maka saya pun turun dari kereta dan masuk ke Masjid.Apa yang menyedihkan saya Muslimat hanya ada 2  orang .Ituu pun makcik . Sangat susah nak tengok Muslimat muda berjemaah di Masjid bukan Subuh je Maghrib Isyak jugak.Muslimin pun kebanyakan yang dah berumur,mana syabab harapan pemangkin ummah ? hmm.Jadi saya takda kawan nak dibuat,adik saya jela yang ada pun. Saya bosan tengok muka beliauu.hahaha takdelah gurau.

Makcik-makcik sangat peramah siap tanya duduk mana , jalan berapa , yaa merekalah teman saya . 
Okay,then solatlah.tapi sebelum solat tu saya nampak ayah saya betul-betul depan saya,memang asing tapi ada langsir jarang yang memisahkan ruang Muslimin dan Muslimat.Saya gembira tengok ayah saya,nampak ke`gentlemen`nya disitu. 


Laki yang solat jemaah SMART kot.serius,okay saya tak pandang laki lain,saya pandang ayah saya ja. Gaze Gaze ,Lower your Gaze.
Walaupun ayah dah biasa mengimami kami anak beranak kat rumah,ayah tetap suka solat di Masjid.
Semoga ayah jadi Qudwah Hasanah kepada keluarga ,InsyaAllah :)

Jadi point saya seterusnya ialah ini



" Sesiapa yang solat Subuh berjema'ah, maka dia akan berada dalam peliharaan Allah ta'ala" (HR Ibn Majah)

 " Sesiapa yang solat Isya' secara berjema'ah, maka seolah-olah dia telah qiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh secara berjema'ah, maka seolah-olah dia telah qiamullail seluruh malam." (HR Muslim)


Hadis ni hadis sahih . Ada sanad dan matan nya disitu ,diriwayatkan oleh siapa.Jadi bila kita dah tahu? Adakah kita goyang kaki and said `ohh ye ke? ohh` just like that? Kita buatlah . InsyaAllah,sama-sama okay awak ? Cuba istiqomah , Moga Allah permudahkan.Amin.









Jom check balik solat kita,berdasarkan gambar diatas ,kita tergolong dalam orang yang macam mana.
Allahu,muhasabah.Nak khusyuk dalam solat memang susah,ada ja benda lain nak pikir,time solat jugaklah fikir.Nampak tak Syaitonnn kacau kita? Tapi InsyaAllah doa banyak-banyak ,mohon perlindungan daripada Allah,dan tambahkan inisiatif seperti menghafal makna Surah ,at least Surah Al-Fatihah kena hafal,supaya kita boleh hayati dalam solat kita .takda la fikiran melayang ke New Zealand atau mana-mana.


Satu lagi cara bayangkan kita solat ni ada neraka kat depan belakang . Mesti kita takut kan ?
InsyaAllah khusyuk,kita memang kena hadirkkan rasa takut pada azab Allah kerana sememangnya azab Allah itu pedih ! Allahuuuu.




Rugi benar kalau kita tak rebut peluang yang Allah bagi ni. Allah offer tu , takkan nak tolak ? Jom! Grab it!




Dari sudut sains pun dah membuktikan . See see? Tak rugi solat Jemaah lagi2 kita betul-betul  rapatkan saf,ni saf pun tak rapat acano? Habeh sapa yang isi ruang kosong tuu? Haaaaa,syaitonnn yang isi lepastu bisik memacam,nak ?

Berdasarkan hadis diatas,kita boleh lihat pada kalimah Sufufkum-saf. Yulziqu -merapatkan. qodamahu-kakinya .kesimpulannya hadis ni,Rasulullah solat boleh nampak dari belakang siapa yg rapatkan saf ke tak melalui kaki dan bahu.



Moh mengimarahkan Masjid ! Daftar Rakan Muda Masjid jommm. Masjid surau rumah Allah.
Sesungguhnya apabila kamu mengingati Allah,nescaya jiwamu akan tenang

akhir  kalam,bersama membaiki solat kita kerana solat perkara pertama yang akan dihitung dihisab nanti.
sekian,assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment