Alhamdulillahi rabbil alamin,wassolatu wassalamuala asyrofil anbiya`i wal mursalin.Waa`la alihi wasohbihi ajmain.
Okay baiklah sebelum mulut terus berbicara,sebelum jari menaip dgn lebih laju,sebelum kaki mengorak langkah
Mari kita bersama-sama muhasabah diri.
Ya Allah syukur Allah masih beri kita bernafas kan ?
Tapi berapa di kalangan kita yang bersyukur?
Kadang-kadang kita lupa ,
Kita diciptakan oleh Allah untuk beribadah kepada-Nya semata-mata
Kadang-kadang aku alpa,lalai dengan dunia yang fana ini Ya Allah
Ampunkan aku.Ampunkan keluarga aku,guru-guruku,kawan-kawanku,dan seluruh umat Islam
okay ,anda semua telah pun membaca tajuk diatas.
decision apa yang telah aku buat?
ya aku yakin dengan apa yang pilih ini.
Sebenarnya dah lama aku berniat nak pakai purdah.Cuma tak ada sokongan dari mana-mana pihak.
`Ehh Zai,kau nak berpurdah? Kau serius ke? `
`Ehh Zai kau pikir kau lawa sangat ke sampai nak berpurdah ,takda pun org nak pandang muka kau tu`
`Zai,fikir elok-elok,jangan main-main.Kena istiqomah,kau kuat?`
`erm,tapi Zai kita kena baiki dulu diri kita ni,mantapkan Iman dulu baru pakai`
Sangat banyak persoalan dan refleksi yang mereka kemuka kan.
Aku akui,aku tak selawa mana tak secantik mana .
Aku akui Iman , Akhlak aku tak begitu baik tak begitu mantap
Tapi sahabat aku buat ini semua kerana Sunat sahabat Sunat
Aku sedaya upaya melakukan perkara sunat dan berpurdah salah satunya.
Isteri-isteri Nabi memakai purdah.
Sahabat kalau nak tunggu Iman mantap baru nak pakai memang akhirnya tak pakaila
Mana ada orang rasa Iman dia mantap.
Namun ada juga hujjah-hujjah yang menerangkan hukum pemakaian purdah adalah tidak wajib, tetapi di galakkan untuk memakainya. Hujjah-hujjah tersebut boleh dilihat pada blog Dr. Asri Zainal Abidin.
Dan tidak syak lagi fitnah pada zaman ini adalah tidak aman, maka oleh yang demikian kami berpandangan wajib bagi wanita untuk menutup wajah mereka(berpurdah) bagi memelihara kehormatan sebagai seorang muslimah.. “
Jangan anggap kami yang berpurdah ni dah cukup ALIM
Kami juga manusia .
Takpernah lepas daripada melakukan kesalahan.
Jika nampak kami salah,
tegur kami.
Mohon.
Bagi kami ini salah satu cara untuk taqarrub dengan Allah.
InsyaAllah .
Kepada sesiapa yang dah berniat nak pakai,teruskan dengan Niat anda :)
Allah pasti akan bantu kepada kita semua!
Ketepikan pandangan manusia,
usah kau dengar tomahan dan kejian yang mereka lontarkan.
Tapi
Letakkan Pandangan Allah paling atas dalam hidup kita
Yang penting redha Yang Maha Esa bukan redha Manusia.
Kepada yang membaca ,ana mintak maaf salah silap sepanjang kita berukhuwwah.
Doakan ana isitiqomah,
Doakan kita semua akan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T
Sekian sahaja,
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment