Thursday, March 27, 2014

Niqobis adakah engkau juga rasa apa yang aku lalui ini?


Mari bersama-sama panjatkan seinfiniti kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita semua masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini . Selawat sebanyak-banyaknya kepada kekasih kita Nabi Muhammad SAW,kerana dengan susah payah baginda meluaskan syiar Islam akhirnya kita sekarang masih dapat menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu Nikmat Islam dan Nikmat Iman . 
Alhamdulillah.

Jam menunjukkan 8.00 pagi
`Ina,cepatlah,nak pergi perpustakaan tak ni?` tanya mak 
Terhenti tanganku daripada membalas whatsapp 
`Nak! Nak! Nak! okayokay,Ina sesiap sekarang`
okay,nak bawak semua nota SKK,kertas A4,buku tulis lagiiiii apaa

`Ina cepatlah,mak dah lambat ni kena masuk office 8.30 dah nak pukul 9.00 dah,ayah dah tunggu kat luar dah`
`ye mak ye dah siap dah packingnya `
`kamu ni Ina,lain kali packing awal-awal,taklah kelam kabut`
`ye ayah,ehh yah jap,handphone Ina`
`Ish,dah cepat pergi ambik!`

Tak keruan aku dibuatnya,sebab aku semua orangg lambat ke apa.huuu
Ayah membawa kereta dengan tidak begitu tenang sekali.
sampai sudah di G-MART corporation.
wahhh dah lama gila la tak dtg office mama ni,dah banyak renovate,kereta pun makin banyak!
desis hatiku
Okay,bai na , bai syira! syira adik aku , 4 tahun 
Kemudian destinasi seterusnya Perpustakaan Kajang!
Here we goooo oooo .
Dah sampai.Alhamdulillah.
Masuk-masuk je huuu,aku orang ketiga terawal tahu dak,bestnyaaa.
Letak beg,bukak beg,tetiba teringat aku letak mana phone tadi,
Allah! kat sit belakang ke.
habis laa,macam mana nak whatsapp ayah suruh ambik pukul berapa.lahai.
Harini bukan first day aku dtg perpus ni,ni dah masuk hari ke-3.
sebelum-sebelum ni aku paling ingat nak bawak handphone tapi harini?
argh kenapa tah harini kacau bilau dibuatnyaaaa



Aku pun positif jelah kan bagi sedap hati kata lah alaa mesti ada public phone.rileks
bernafas okay afrina bernafas.
aku pun lari naik tingkat 1,carik port paling sesuai.
bukak buku SKK,aku hafal tafsir hadis tadi
Hafal punya hafal syaitan dah mula bergayut kat mata
taktahan,basuh muka.
tetiba nampak sorang perempuan ni ,muka familiar sgt .
siapa dia
ohhh,budak sekolah rendah dulu!
Allah,5 tahun tak jumpa ,harini kau pertemukan aku dgn dia
kitorang dulu masa sekolah rendah kautim kot,
mak ayah dia ambik tender kantin
selalu mintak sambal ayam lebih.haha okay takmalu.biasalah tak matang.

Dahtu aku pun pergi lah sapa dia,
`Intan kan?`
`ehh,weh zai ke?`
`hebat kau,kau kenal aku?`
`mata kau aku kenal lah`
okay,aku pun duk semeja dgn dia,borak punya borak.
dah nak pukul 5,perpus dah nak tutup.
aku dah mula panik ni mcm mana nak call ayah!

aku pun jalan la sengsorang p 7 Eleven beli lah roti ka apa nak bagi pecah duit syiling
Dalam hati mana niii public phone,sebijik pun taknampak
Allah tolonglah.
tetiba nampak sebijik Hello
alhamdulillah!
pergi cuba,laaa tak dengaq apa pun,rosak ka?
haihh,takpa aku pun dah tak keruan nak p mana sekarang,
aku pun p lintas jalan masuk masjid ni


macam mana ni,aku masuk berzikir ya Allah tolonglah dah nak pukul 6 dah
taklama pun lepas tu,nampak ayah mcm jenguk2 .
syukur Allah dengar rintihan hambaNya


`Ina ,kenapa ayah call tak angkat2 ?`
`henfon Ina ada kat sit belakang kereta ayah`
`tulah kamu,cuai!`
kemudian ayah ambik mak
mak tanya`makan tak na?`
ayah jawabkan`tak lah tu,MALU nak makan,lain kali kalau dah sebab PURDAH NIQOB buatkan kamu terbatas nak makan,takpayah pakai dah !`
tak semena-mena air mata mula berlinangan



sentap aku,
kenapa ayah cakap macamtu?
Ina ingat lagi tahun lepas masa akhir bulan 11 kita pergi kedai Arked Man dkt Sabak Bernam,
Ina nampak niqob,
Ina mintak izin ayah,
Ina mintak izin mak,
mak  ayah okay je,
siap belikan 2 untuk Ina.
Maksudnya ayah dan makk dah kasi Ina pakai ,
ayah dan mak rela.
sepatutnya mak ayah sokong Ina
Lagipun selama ina pakai start akhir bulan 11 sampai sekarang Ina tak on/off except time sekolah.
Selama kita keluar sama-sama,Ina makan elok je kan dgn ayah dgn mak,
memang,memang  ina MALU sbb semua org pandang,
tapi ina gagah jugak,biarlah mereka
Jadi kenapa ayah kata Ina sanggup takmakan sebab Ina malu nak makan sebab berpurdah?
sebenarnya malu bukan sebab utama Ina takmakan tadi,sebab Ina takda kawan,takut nak pergi restoran sorang2,
Ina kan memang penakut sikit,Ina kalau x berpurdah pun sekarang Ina tak makan jugak sbb takut pergi sorang2
Ina cuba,cuba explain tapi ayah tak kasi Ina kesempatan.
`dah la na,purdah niqob tak WAJIB,tu SUNAT je,pakai niqob lagi orang pandang2 dahtu takpayah pakai langsung!
aku tk kuat,aku biarkan air mata mengalir
cuma aku tahan bunyi esakan tangisanku.




Ina tahu ayah tak berniat cakap macamtu,
mungkin puncanya sebab Ina tak angkat call ayah dan Ayah cari2 Ina.
Ina mintak maaf.Ina bukan sengaja :(
Jadi sekarang,
adakah Ina perlu tetap teruskan berniqab
atau
berhenti sahaja.
ayah dan mak redha tak ni?
Buat yang dah ada niat nak pakai,
confirm betul2 dgn parents.
sedia lah fizikal dan mental kalau dapat apa2 cemuhan.


kawan-kawan selalu support aku
katanya`Ini bukan satu kejian,hinaan tapi 1 penghormatan`
self esteem aku semakin berkurang
Allah,kuatkan aku,aku hanyalah insan yang lemah.
Ahli keluarga ku yang lain pun macam tak dapat nak terima dgn penampilan aku sekarang.



wallahua`lam







No comments:

Post a Comment