Saturday, February 22, 2014

One Step Closer to you ~

Sobahal khoir ! Mulakan harimu dengan senyuman . macam ni haa =D ,tu senyum GRED A bak kata Ayahanda KISAS. Okay. Bersyukur Allah masih beri ruang dan kesempatan kepada kita untuk terus bernafas pada hari ini . Selawat sebanyak-banyaknya buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan penat lelah baginda untuk menyebarkan dakwah akhirnya kita hingga ke hari  ini dapat menikmati 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat ISLAM dan insya-Allah nikmat IMAN <3

Jika engkau mahukan teman,
Cukuplah ALLAH sebagai teman,
Jika engkau mahukan MUSUH,
cukuplah NAFSU sebagai SETERU,
Jika engkau mahukan HIBURAN,
cukuplah AL-QURAN sebagai BACAAN,
Jika engkau mahukan NASIHAT,
cukuplah MATI sebagai  PENASIHAT.
-As-Syahid Ahmad Ammar -

sangat deep.serius.cuba baca dengan MATA HATI bukan dengan MATA KEPALA.
Hayati setiap baris . Baca dengan tenang,baca dengan suasana yang tenang,biarkan diri bersendirian,duduk,merenung,muhasabah diri,air mata pasti menitis.

Ketenangan yang paling berharga,paling bermakna apabila seorang hamba merasai kemanisan Iman dan merasai betapa Allah sangat mengasihi dan menyayanginya  hamba-hamba-Nya .

Di sepertiga akhir malam mu,penuhkan dengan solat sunat,banyakkan bersujud kepada yang maha Esa tanda kita hamba yang bersyukur.Tak semua orang kuat dan diberikan kekuatan oleh Allah untuk bangun qiyamulail .Oleh itu,sahabat-sahabat mari sama-sama kita berdoa banyak-banyak pada yang Maha memperkenankan doa supaya diberikan kekuatan untuk bangun dan isqtiqomah.

Betapa Solat Dhuha memberi impak yang sangat besar pada diri insani.
Jasad yang digerakkan oleh keikhlasan kerana Allah S.W.T serta penghayatan yang sangat mendalam pasti merasai ketenangan.
Jiwa-jiwa yang sentiasa merindui kasih sayangNya dan Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW.

Jika engkau berasa seakan-akan ada yang mengganggu fikiranmu,
bergegaslah mengambil wudhu`,tunaikan solat sunat taubat.
Mungkin kerana dosa-dosa yang kita lakukan,
Berdoalah dengan sepenuh kehambaan dan kehusyukan,
Biarkan air matamu mengalir,
rendahkan egomu.

Kerana kita adalah HAMBA.




Akhir kata,jaga Iman,jaga Ibadah,jaga Akidah,jaga semuanya.
Bersama Mengejar Mardhotillah !






No comments:

Post a Comment