Wednesday, December 3, 2014

Perjalanan seorang pelajar Kisas

Selamat Hari Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat,Sabtu,Ahad. pheww , Alhamdulillah Allah masih bagi kita bernafas kan . okay jadi apa khabar warga bloggers sekalian ? *Alhamdulillah sihat ceria luar biasa Allahu Akbar* okay itu skema jawapan budak Kisas je err muslimat maksud saya .keh


So , today im gonna tell you something about Kisas  .Macam jalan cerita hidup kat sini . post ni sesuai untuk sesiapa yang nak mohon Kisas . yang taknak mohon pun boleh baca . takpa tak kisah,umum. okay taknak intro lama-lama . proceed

Jam menunujukkan tepat 5.00 pagi.
Wani seorang yang sangat punctual,setiap hari pinjam jam aku.
`Zai , kau set jam pukul 5.00 tau`
soalan ni hari hari weh hari hari.
aku pun jawab `ye wani mestilah kang tak bangun semua orang haha`
dan aku jawab benda yang sama setiap hari.dari awal tahun k awal tahun haha

`KringggggggggGGggGGggGgggg!!`
Wani bangun,katil kami double decker,buat pengetahuan semua blok Ali Omar je yang katil double decker , blok Khalid Thariq single bed.haha
Wani atas katil Insyirah,sebelah katil insyirah aku dan atas katil aku takdak orang haha
First person yang wani akan kejutkan Insyirah la,then aku then semua orang dalam dorm tu yeah .
Insyirah pun senang je nak kejut dia,orang panggil dia nama penuh takpayah nak goncang katil pun dia dah bangun.aku lagi senang nak bangun haha,tapi tu semua awal tahun je dah nak SPM kau tahu kan penat dia macam mana hahaha.kejut sekali tak bangun kena afdol 3 kali baru bangun haha .tapi still awal kay awal haha.
*actually ni snap masa semua nk balik dah haha ni siapa yang blok ali omar je tau

then pergi mandi semua memang takde orang sangat pun,so no problem no beratur panjang.
then ada masa sikit study lah jap kan sementara nak tunggu azan Subuh.Then solat jemaah semua.
Baca Al-Quran jap.Then naik atas siap2 kemas beg,pakai baju sekolah,kasi tegang itu katil setegang tegangnya kay,kemas dorm,sapu sampah , buang sampah , okay takpa tu ada duty rooster haha.Then tepat pukul 6.30 KP akan buat announcement `Assalamualaikum W.B.T,selamat pagi diucapkan kepada semua warga aspuri,anda diundang untuk mengabil sarapan pagi anda .menu pada hari ini adalah koko krunch` kehh meloncat semua bahh,ehh bahh ? haha okay
then nak p sekolah dah ni , tetiba Amira Sofea KP(ketua pelajar) dorm kami yang comel hekhek tegur`Zai mana name tag ? `aaaaaa okayokay lupa pulak thanks`okay takpa








.Then p DM , makan sarapanggggg.



 * ini DM .Uyun , Insyirah :)





Ini masa masuk pagar Kisas nampak bangunan ni dulu.

Then p sekolah as usually kena beratur kat coe dulu . nak baca al-mathurat sama-sama.7.05 wajib kosongkan asrama kalau lambat kena ambik nama . okay.7.10 kena ada kat COE dah. 
*yang ni dekat pentas COE 

Muslimat memang punctual,Muslimin macam lambat sikit lah haha nak tunggu dorang ya Allah sabar jelah haha.Then bila semua dah sampai , bacalah mathurat sama2 then ada KP handle bukak majlis and ada lah announcement apa apa kan .then 7.30 masuk kelas,start kelas.10.25 rehat sampai 10.45 then sambung balik belajar sampai 2.50 .

 *ni kelas 506 hihiew


benda ni boleh nampak sebelah COE
then 2.50 tu sampai 3.30 boleh masuk asrama makan solat semua tapi takboleh naik dorm .haha kadang2 ada je cikgu mcm lajak sikit sampai 3.00,3.15 so kena tulis note tampal kat cermin bilik KP so boleh la keluar asrama lambat sikit ada alasan.then 3.30 SHARP kena kosongkan asrama.Sapa lambat kena ambik nama haa.ambik nama lagi haha,then 3.30 sampai 4.30 prep petang kat kelas prep masing2 bukan dalam asrama kay kat sekolah . asing la muslimin muslimat dan ikut form . then 4.30 tu dah boleh balik ,solat , mandi,basuh baju,riadah sukahati nak buat apa
*ini sudut dari aras atas sekali blok khalid thariq 

.then SHARP pukul 6.00 KP akan announce makan malam pulak haha . kalau lauk sedap mcm ayam goreng,ayam kurma,sup ayam.semua turun awal weh.haha SHARP pukul 6.20 wajib turun DM berpakaian baju prep k prep wajib semuanya,ambik makanan kat kaunter kadang2 dia dah sediakan atas meja , tengoklah tak menentu.then 6.30 semua kena duduk tempat masing-masing baca mathurat petang pulaa , makanan depan mata moga mathurat yang dibaca berkat dekat nasi yang kat depan mata tu.hihiew.

then baca doa sesama,makangggggggg . masa tu lah KP nak buat announcement macam2 kan. Doakan birthday orang semua kan . and SHARP 6.50 Kp akan announce rumah mana yang akan bangun dulu.Makan ni ikut rumah tau dan satu baris tu pun ikut rumah.Ada rumah Ali,Omar,Thariq,Khalid.lapik meja pun ikut warna rumah k terasa macam HARRY POTTER betul lah,haha then dah keluar DM . 


*ini Musolla dari sudut belakang
Akan ada yang akan naik atas , siap2 nak p musolla , ada yang akan terus pergi musolla ,then bila kaki dah jejak musolla tu haa hati fikiran semua dah tak fikir dah benda lain,ingat Allah ja lagi,masuk jejak kaki ke musolla semua orang dah tengah baca Al-Quran sementara menunggu azan maghrib. Tapi still ada yang bersembang buat halaqah swasta dan akan ada sorang cakap kat mic`warga musolla , bubarkan halaqah swasta` ya .then azan maghrib solat jemaah sama2 then lepas tu ada gap sikit sebelum mula kuliah maghrib semua akan buat solat sunat lepas maghrib.then MC akan start conduct maka bermulalah kuliah maghrib . Setia hari MC berlainan dan org yg bg pengisian pun berlainan ni semua di handle oleh BADAR BIRO CERAMAH,masa ni Humaira Asri jadi Biro Ceramah maka dialah handle ini semua.Dia buat jadual,Imam Bilal pun ada jadualnya,semua orang kena tapi kalau dah orang tu taknak pass kat orang lain lah haha.

then isyak pulak solat jemaah then pukul 9.00 SHARP lagi keluar asrama p prep malam pulak . siapa lambat kena tuleh nama yaaa senang cakap SAPA LAMBAT JA KENA TULIS NAMA tak kesah la nak p mana pun . haha kay. tahu tak depan pintu aspuri kau jalan sikit je dah sampai KANTIN . Maka tiap kali keluar asrama mesti singgah KANTIN dulu,kay kalau aku memang sudah menjadi satu kewajipan lah singgah kantin tu.haha at least beli kerepek RM1.00 haha ada motif kay supaya aku study nanti tak ngantuk haha.
*ini Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin
btw semua pgg phone ni sbb ni malam akhir fivers haha
takboleh bawak phone sesuka hati kay .


Then masuk kelas study,sampai pukul 10.30 then balik asrama amek supper .pukul 11.30 WAJIB LIGHT OFF , warden akan jerit dari bawah dorm siapa yang tak LIGHT OFF lagi.pehh warden masa time aku ni dia hapai dorm weh tiap aras . `dorm E24 ALI LIGHT OFF sekarang! ` dorm aku lah tu , dorm lain kena jugak haha tapi tak tiap hari , tengoklah warden macam mana haha.Teacher Haslina kay warden kami time tu sangat sporting dan garang sometimes haha,cikgu BI jugak.Kalau korang nak study tu pergi lari kat bilik study aras masing2 haha bilik study je limit dia lama sikit sampai pukul 1.00 pagi je.Then masuklah dorm semula dan beradulah.

Nah gambar2 pemandangan Kisas , sorry tak lawa tapi real life lawa weh











Maka begitulah perjalanan seorang pelajar Kisas setiap hari.Tu tak cerita lagi suasana dalam kelas macam mana semua kan , ini just overall yang sangat ringkas.bagi aku aku ambik masa setahun untuk adapt sebabnya aku takpernah duduk asrama .maka nak kejar masa tu macam kabut tapi lama2 okay je,lama2 kau akan terbiasa dan dah pandai agak masa,even tinggal 5 minit lagi pun kau takkan gelabah.haha

Sekian sahaja nukilan pada hari ini,nanti esok esok aku update lain pulak okay .Assalamualaikum =D

Saturday, June 28, 2014

Aku bukan murahan. Izinkan aku menjadi itu.

Assalamualaikum.
Taknak cakap panjang,apa  yang aku fikir seharia ni,bila baca status FB ni.
Sentap sampai speechless.TAK TIPU.ARGHH,lemahnya aku.
Kuatkan aku ya Allah .

Sentap dan insaf baca benda ni.

Dear ukhti sekalian,muslimah,naqib
ah,niqabis and else.
#Kopipasta

Aku paling menyampah,


Dengan status perempuan yang malu-malu,


Atau rasa segan apabila kena mengorat dengan lelaki.
Paling aku sakit hati apabila dia ialah seorang muslimah,
Berada dalam landasan fikrah beragama,


Dari sekolah agama,
Belajar di institusi agama,
Tahu pasal agama.

Weyh perempuan !
Kalau kau kena mengorat,
Maknanya kau masih belum pandai jaga ikhtilat,
Garanglah sikit !
Bukan sekadar sombong je tapi garang !
Garang tahu tak?

Bukannya melemah-lembutkan suara,
Ber'enta' dan'enti' dalam pergaulan,
Konon hendak menjaga hati,
Tapi menimbulkan masalah hati pula,
Bagaimana tu?
Menjaga apa namanya?
Kalau berlemah lembut sampai menimbulkan fitnah dan huru hara?

Bukannya mengada-ngada,
Tunjukkan diri itu ala-ala perempuan Melayu terakhir,
Sopan-santun di depan lelaki sampai hatinya cair,
Malu-malu tak kena tempat,
Layan lelaki ikut suka hati tak jaga ikhtilat,
Main mesej tanpa urusan muammalat,
Kemudian kau salahkan lelaki?

Bagi aku lah kan,
Kau yang tak tegas,
Terlalu berlemah lembut tak kena tempat,
Bajet ayu untuk memikat,
Ber'enta' dan 'enti' untuk menarik perhatian,
Memakai purdah dengan tujuan mahu menayang,
Konon-konon kitalah muslimah solehah,
Lelaki mudah tertarik dengan wanita ala-ala muslimah,
Katanya :
"Jangan berkasar sangat dengan lelaki, nanti mereka kecil hati,urusan tak jalan kalau bertegas dengan Adam, Adam ini ego tak menerima nasihat"
Alasan yang dah basi.

Itu semua poyo !
Wahai perempuan,
Jaga diri boleh tak?
Tegas dan garang!
Walaupun kau tu muslimah,
Jadilah tegas dan garang !
Tak payah nak berlembut sangat.
Biar lelaki benci !
Jangan lelaki jatuh hati !
Kalau lelaki duduk meroyan teringat kat kau,
Kau bangga ke?
Daripada dia berkopiah langsung tak berambut,
Daripada dia suka ke surau langsung duduk dalam bilik,
Hilang sudah seorang pejuang agama,
Hanya kerana kau yang bajet ayu dan muslimah tak kira masa.

Maaflah kalau aku berkasar,
Bagi aku seorang muslimah solehah,
Dia mesti tegas !
Sebab dia tahu maruah diri dia di mana,
Dia tidak boleh berlembut sesuka hati,
Dia ialah wanita yang paling ramai dibenci daripada disukai,
Lihat Zainab Al Ghazali,
Ummu Salamah,
Saidatina Aisyah,
Asiah,
Kerana agama mereka dibenci,
Kerana lantang bersuara mereka dicaci
Mereka sangatlah tegas berdiri menegakkan panji agama,
Tak pernah pun lelaki mengorat mereka,
Kerana lelaki takut dengan hamasahnya dalam memperjuang agama,
Jika ada yang mahu menyunting,
Mereka mendapatkan secara terhormat,
Tak pernah mengorat secara dekat.

Wahai muslimah,
Yang ada fikrah agama,
Jika ada yang mahu mengorat anda !
Sila salahkan diri sendiri,
Refresh diri,
Mungkin fikiran anda masih lagi memikirkan tentang mencari suami?
Belum lagi fokus pada urusan memperbaiki diri?
Atau tidak terlintas lansung untuk berjuang demi agama sampai mati?

Ramai sahaja aku melihat muslimah lemah lembut,
Ayu dan terlalu memikat,
Namun sangat pengecut untuk bertegas,
Sangat tak pernah bertindak untuk menggerakkan agama yang dimilikinya,
Apa? Kau rasa dengan keayuan kau tu kau boleh menyumbang pada agama?
Dengan keayuan kau tu boleh menggerakkan dakwah dengan kencang ke?
Dengan lemah-lembuh kau tu boleh menjayakan misi ummah dengan berjaya ke?
Apa sumbangan sopan santun kau terhadap lelaki pada agama?

Maafkan aku jika berkasar,
Aku sudah muak + menyampah,
Apabila orang tak henti-henti mengadu ada yang mengorat !
Tolonglah tegas dan garang dalam muammalat,
Jaga ikhtilat sesama muslimin muslimat,
Biar lelaki benci !
Jangan sampai mereka jatuh hati !
Aku penatlah.
Penat melayan semua ini.

Karate je ada yang nak mengorat kau tu boleh?
Lepas tu confirm dah tak ada lelaki yang berani dekat, sentuh dan mengorat kau lagi !

Serius !
Aku respect perempuan yang garang dan tak bajet ayu,
Perempuan yang tiada pakwe kerana menolak cinta dunia yang palsu,
Mereka tahu suatu perkara asas yang perlu iaitu :
"Aktiflah dalam berpesatuan, menuntut ilmu dengan slumber, bersuaralah pada kebenaran tanpa rasa segan, jangan terlalu menjaga penampilan sampai di depan cermin berjam-jam untuk menarik perhatian, berdakwah tanpa rasa gentar, berbuat baiklah tanpa rasa malu, buatlah apa jua tanpa menghiraukan keadaan yang melanda"
Kerana mereka tahu juga :
"Sampai suatu saat kau akan diuji dengan berat dan ketika itu kau amat memerlukan bantuan, Allah akan menghadiahkan kau seorang suami soleh untuk dijadikan teman"
Relaks, tak payah nak berlembut dan bajet ayu sangat sampai tak bergerak dalam persatuan,
Kau buat je apa sahaja dengan slumber,
Bila sampai masanya,
Allah akan bagi juga,
Si dia yang soleh di depan mata.

Yang ni ada kau aktif berpesatuan?
Ada kau slumber berdakwah tanpa segan?
Ada kau menuntut ilmu sampai pengsan?
Ada kau berani bersuara atas kebenaran?
Ke masih bajet ayu dan malu dalam pergaulan dan berpesatuan?
Kemudian lelaki mengorat kau bangga dan tak henti-henti meroyan?

Pleaselah~
Tepuk dada tanya diri.
Maafkan hamba jika terkasar bahasa.

Friday, May 30, 2014

Hati Oh Hati ,kenapa dengan kamu ?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Syukur dan selawat .
Udara pagi ni nyaman betul,nikmat daripada Allah.
Alhamdulillah !


dah lama sangat tak update entry kan.
bukan taknak update sebab malas dan seantero dengannya
tapi benda yang aku nak cerita takboleh diungkapkan dengan kata-kata.hocehh serius serius
Banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup aku yang aku nak cerita,tapi susah nak ceritakan.
dush,paham dak ni?
buat-buat faham jelah.
so apa yang membuatkan aku tetiba nak update harini?
jengjengjeng.

Biarlah rahsia bak kata Siti NurHaliza

okay proceed,malas nak berpanjang lebar muqaddimah yg tak penting ni.huhu

Aku: weh,aku ada masalah ni

Conan: Apa dia ?
Aku: Aku taktahu kenapa semua benda yang dia buat aku nampak SALAH.ergggh

Conan: Apabenda contohnya ?

Aku: Takpayah bagi contoh,semua benda aku nampak salah bila dia buat.Padahal bila pikir balik okay je kot.

Conan: Sorry lah kali ni  memang aku JUJUR,takkan  aku nak backup hang je.Cuba check hati hang.

ZZZzzZZup ! 10 DAS  TEMBAKAN yang padu terkena tepat pada  hati aku.


Aku: Aku pun rasa hati aku bermasalah,haihhh hati hati 

Conan: Ya,cuba kau husnu dzon,gerenti BAHAGIA.

Aku: Boleh,dengan dia ni seorang je aku takboleh nak HUSNU DZON masalahnya

Conan: Tu maksudnya ada benda yang tak settle lagi la between kauu dan dia.

Aku: Benda apa eh ,macam tak ada .

Conan: Ada,ataupun kau terlalu high expectation kat dia,atau  hang terlalu nakkan `Kesempurnaan` sampai apa apa benda yang slack sikit je hang nampak benda tu sangatlah besar gedabak.

Aku: Wah,ada betulnya jugak tu.Aku rasa ni kot antara punca  yang paling tepat yang aku sendiri tak terfikir.

Conan: So,apa hang nak buat?

Aku: Hang rasa?

Conan: Tanya aku balik,apabenda ni,ish,nak pendapat aku jugak ka?

Aku: Of Course,idea hang takpernah mengecewakan aku.

Conan: okay,macam ni hang slow talk face to face baru settle benda ni

Aku: Nak slowtalk apa pulak?

Conan: Slowtalk la apa yang hang takpuas hati dengan dia,lepastu mintak maaf.

Aku:Sangat bernas weh,sangat sangat membantu.Harapnya aku berani la buat macam tu

Conan: Penakut.Benda tu ja pun hang ni ish.Nak hati  tenang ka takmau?

Aku:Nak,mestilah nak.ish,Terima Kasih weh,aku banyak susahkan hang.Banyak benda aku cerita kat hang sejak form 2 sampai laaa ni lah .Tak terkira berapa puluh cerita dan masalah aku share dengan hang

Conan: Aku bagi? takpun,Aku ni wasilah ja.Allah yang bagi semua jalan tu cuma melalui aku.
Takpa ja,aku tolong  hang,hang tolong aku.Fair kan?

Aku: okay =)
Syukur betul dapat kawan macam dia ni.Thanks Ya Allah =D
Aku panggil dia conan sebab dia ni antara responden yang paling bagus.
Penyelesai masalah yang sangat handal.haha okay dah sampai situ ja aku puji hang.

MORAL OF THE STORY

=>Jangan terlalu mencari yang SEMPURNA kerana ianya memang MUSTAHIL kerana berpegang kepada prinsip NOBODY IS PERFECT.

=>Allah jadikan manusia supaya kita saling melengkapi antara satu sama lain.So bila kita nampak kelemahan kawan kita,kita tolong isikan kelemahan dia dengan kelebihan kita.

=>Jadilah kawan yang setiakawan,sentiasa disisi samada senang atau susah .

=>Fikir ikut akal jangan ikutkan kata hati sangat.

=>Mintak pendapat orang lain sebab kadang-kadang apa yang kita rasa ni tak betul dan tak patut.So try to ask other people about what you consider of.

=>Double Triple check hati , Jangan asyik nak salahkan orang je.Hubungan dengan Allah settle tak?

=> Last sekali,HUSNU DZON lah dalam segala perkara.Anda HUSNU DZON pasti anda bahagia
Kerana HUSNU DZON salah satu kunci kebahagiaan !

Thats all from me,Harapnya boleh cakna dan ambil ibrah pengajaran dari cerita aku ni.Terutamanya buat aku sendiri sebab benda ni yang aku hadapi sekarang dan umumnya untuk semua!

Semoga kita bersama mengejar MARDHOTILLAh redha ILLAHI.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Friday, April 18, 2014

Mungkin bukan sekarang


Bukan sekarang mungkin
hati aku juga mungkin belum ikhlas
aku belum bersedia.

Mengenangkan diri aku yang masih dibangku persekolahan
Keputusan ini aku ambil
untuk tidak memakainya pada waktu ini

Mengenangkan diri yang masih dan belum cukup baik
ya benar,sampai bila pun kita takkan pernah cukup baik
tapi Allah dan aku tahu diri aku yang sebenar
Aku tak rela membiarkan diriku menjadi fitnah kepada Agama

Namun,aku akan sedaya upaya ke arah itu
ke arah yang lebih baik
demi mencari pandangan Allah
bukan pandangan manusia

Biarkan aku memakainya dengan penuh istiqamah
bukan seperti tudung saji bukak tutup
mungkin di IPT mahupun U sesuai
aku berharap 

Niat itu pasti ku teruskan
walau apapun halangan yang mendatang.

sekian daripada seorang hamba,pendosa tanpa noktah


Thursday, March 27, 2014

Niqobis adakah engkau juga rasa apa yang aku lalui ini?


Mari bersama-sama panjatkan seinfiniti kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita semua masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini . Selawat sebanyak-banyaknya kepada kekasih kita Nabi Muhammad SAW,kerana dengan susah payah baginda meluaskan syiar Islam akhirnya kita sekarang masih dapat menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu Nikmat Islam dan Nikmat Iman . 
Alhamdulillah.

Jam menunjukkan 8.00 pagi
`Ina,cepatlah,nak pergi perpustakaan tak ni?` tanya mak 
Terhenti tanganku daripada membalas whatsapp 
`Nak! Nak! Nak! okayokay,Ina sesiap sekarang`
okay,nak bawak semua nota SKK,kertas A4,buku tulis lagiiiii apaa

`Ina cepatlah,mak dah lambat ni kena masuk office 8.30 dah nak pukul 9.00 dah,ayah dah tunggu kat luar dah`
`ye mak ye dah siap dah packingnya `
`kamu ni Ina,lain kali packing awal-awal,taklah kelam kabut`
`ye ayah,ehh yah jap,handphone Ina`
`Ish,dah cepat pergi ambik!`

Tak keruan aku dibuatnya,sebab aku semua orangg lambat ke apa.huuu
Ayah membawa kereta dengan tidak begitu tenang sekali.
sampai sudah di G-MART corporation.
wahhh dah lama gila la tak dtg office mama ni,dah banyak renovate,kereta pun makin banyak!
desis hatiku
Okay,bai na , bai syira! syira adik aku , 4 tahun 
Kemudian destinasi seterusnya Perpustakaan Kajang!
Here we goooo oooo .
Dah sampai.Alhamdulillah.
Masuk-masuk je huuu,aku orang ketiga terawal tahu dak,bestnyaaa.
Letak beg,bukak beg,tetiba teringat aku letak mana phone tadi,
Allah! kat sit belakang ke.
habis laa,macam mana nak whatsapp ayah suruh ambik pukul berapa.lahai.
Harini bukan first day aku dtg perpus ni,ni dah masuk hari ke-3.
sebelum-sebelum ni aku paling ingat nak bawak handphone tapi harini?
argh kenapa tah harini kacau bilau dibuatnyaaaa



Aku pun positif jelah kan bagi sedap hati kata lah alaa mesti ada public phone.rileks
bernafas okay afrina bernafas.
aku pun lari naik tingkat 1,carik port paling sesuai.
bukak buku SKK,aku hafal tafsir hadis tadi
Hafal punya hafal syaitan dah mula bergayut kat mata
taktahan,basuh muka.
tetiba nampak sorang perempuan ni ,muka familiar sgt .
siapa dia
ohhh,budak sekolah rendah dulu!
Allah,5 tahun tak jumpa ,harini kau pertemukan aku dgn dia
kitorang dulu masa sekolah rendah kautim kot,
mak ayah dia ambik tender kantin
selalu mintak sambal ayam lebih.haha okay takmalu.biasalah tak matang.

Dahtu aku pun pergi lah sapa dia,
`Intan kan?`
`ehh,weh zai ke?`
`hebat kau,kau kenal aku?`
`mata kau aku kenal lah`
okay,aku pun duk semeja dgn dia,borak punya borak.
dah nak pukul 5,perpus dah nak tutup.
aku dah mula panik ni mcm mana nak call ayah!

aku pun jalan la sengsorang p 7 Eleven beli lah roti ka apa nak bagi pecah duit syiling
Dalam hati mana niii public phone,sebijik pun taknampak
Allah tolonglah.
tetiba nampak sebijik Hello
alhamdulillah!
pergi cuba,laaa tak dengaq apa pun,rosak ka?
haihh,takpa aku pun dah tak keruan nak p mana sekarang,
aku pun p lintas jalan masuk masjid ni


macam mana ni,aku masuk berzikir ya Allah tolonglah dah nak pukul 6 dah
taklama pun lepas tu,nampak ayah mcm jenguk2 .
syukur Allah dengar rintihan hambaNya


`Ina ,kenapa ayah call tak angkat2 ?`
`henfon Ina ada kat sit belakang kereta ayah`
`tulah kamu,cuai!`
kemudian ayah ambik mak
mak tanya`makan tak na?`
ayah jawabkan`tak lah tu,MALU nak makan,lain kali kalau dah sebab PURDAH NIQOB buatkan kamu terbatas nak makan,takpayah pakai dah !`
tak semena-mena air mata mula berlinangan



sentap aku,
kenapa ayah cakap macamtu?
Ina ingat lagi tahun lepas masa akhir bulan 11 kita pergi kedai Arked Man dkt Sabak Bernam,
Ina nampak niqob,
Ina mintak izin ayah,
Ina mintak izin mak,
mak  ayah okay je,
siap belikan 2 untuk Ina.
Maksudnya ayah dan makk dah kasi Ina pakai ,
ayah dan mak rela.
sepatutnya mak ayah sokong Ina
Lagipun selama ina pakai start akhir bulan 11 sampai sekarang Ina tak on/off except time sekolah.
Selama kita keluar sama-sama,Ina makan elok je kan dgn ayah dgn mak,
memang,memang  ina MALU sbb semua org pandang,
tapi ina gagah jugak,biarlah mereka
Jadi kenapa ayah kata Ina sanggup takmakan sebab Ina malu nak makan sebab berpurdah?
sebenarnya malu bukan sebab utama Ina takmakan tadi,sebab Ina takda kawan,takut nak pergi restoran sorang2,
Ina kan memang penakut sikit,Ina kalau x berpurdah pun sekarang Ina tak makan jugak sbb takut pergi sorang2
Ina cuba,cuba explain tapi ayah tak kasi Ina kesempatan.
`dah la na,purdah niqob tak WAJIB,tu SUNAT je,pakai niqob lagi orang pandang2 dahtu takpayah pakai langsung!
aku tk kuat,aku biarkan air mata mengalir
cuma aku tahan bunyi esakan tangisanku.




Ina tahu ayah tak berniat cakap macamtu,
mungkin puncanya sebab Ina tak angkat call ayah dan Ayah cari2 Ina.
Ina mintak maaf.Ina bukan sengaja :(
Jadi sekarang,
adakah Ina perlu tetap teruskan berniqab
atau
berhenti sahaja.
ayah dan mak redha tak ni?
Buat yang dah ada niat nak pakai,
confirm betul2 dgn parents.
sedia lah fizikal dan mental kalau dapat apa2 cemuhan.


kawan-kawan selalu support aku
katanya`Ini bukan satu kejian,hinaan tapi 1 penghormatan`
self esteem aku semakin berkurang
Allah,kuatkan aku,aku hanyalah insan yang lemah.
Ahli keluarga ku yang lain pun macam tak dapat nak terima dgn penampilan aku sekarang.



wallahua`lam







Saturday, February 22, 2014

One Step Closer to you ~

Sobahal khoir ! Mulakan harimu dengan senyuman . macam ni haa =D ,tu senyum GRED A bak kata Ayahanda KISAS. Okay. Bersyukur Allah masih beri ruang dan kesempatan kepada kita untuk terus bernafas pada hari ini . Selawat sebanyak-banyaknya buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan penat lelah baginda untuk menyebarkan dakwah akhirnya kita hingga ke hari  ini dapat menikmati 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat ISLAM dan insya-Allah nikmat IMAN <3

Jika engkau mahukan teman,
Cukuplah ALLAH sebagai teman,
Jika engkau mahukan MUSUH,
cukuplah NAFSU sebagai SETERU,
Jika engkau mahukan HIBURAN,
cukuplah AL-QURAN sebagai BACAAN,
Jika engkau mahukan NASIHAT,
cukuplah MATI sebagai  PENASIHAT.
-As-Syahid Ahmad Ammar -

sangat deep.serius.cuba baca dengan MATA HATI bukan dengan MATA KEPALA.
Hayati setiap baris . Baca dengan tenang,baca dengan suasana yang tenang,biarkan diri bersendirian,duduk,merenung,muhasabah diri,air mata pasti menitis.

Ketenangan yang paling berharga,paling bermakna apabila seorang hamba merasai kemanisan Iman dan merasai betapa Allah sangat mengasihi dan menyayanginya  hamba-hamba-Nya .

Di sepertiga akhir malam mu,penuhkan dengan solat sunat,banyakkan bersujud kepada yang maha Esa tanda kita hamba yang bersyukur.Tak semua orang kuat dan diberikan kekuatan oleh Allah untuk bangun qiyamulail .Oleh itu,sahabat-sahabat mari sama-sama kita berdoa banyak-banyak pada yang Maha memperkenankan doa supaya diberikan kekuatan untuk bangun dan isqtiqomah.

Betapa Solat Dhuha memberi impak yang sangat besar pada diri insani.
Jasad yang digerakkan oleh keikhlasan kerana Allah S.W.T serta penghayatan yang sangat mendalam pasti merasai ketenangan.
Jiwa-jiwa yang sentiasa merindui kasih sayangNya dan Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW.

Jika engkau berasa seakan-akan ada yang mengganggu fikiranmu,
bergegaslah mengambil wudhu`,tunaikan solat sunat taubat.
Mungkin kerana dosa-dosa yang kita lakukan,
Berdoalah dengan sepenuh kehambaan dan kehusyukan,
Biarkan air matamu mengalir,
rendahkan egomu.

Kerana kita adalah HAMBA.




Akhir kata,jaga Iman,jaga Ibadah,jaga Akidah,jaga semuanya.
Bersama Mengejar Mardhotillah !






Saturday, February 1, 2014

Kasih Sayang-Mu adalah segala-galanya Ya Allah !

Assalamualaikum :)

harini saja 2 entry tapi takpa,sebelum balik KI ni nak tinggalkan sikit nukilan buat sahabat2 :)
Ana cuma nak share la cerita pasal siang tadi.
ana dengan family nak pergi beli  kek befday adik dengan hadiah untuk kakak sebab dia dah selamat kahwin ,lepastu masa nak balik tu,nak masuk kereta dah ni,tiba-tiba
`DANGGGGGGGG`!!!
Ada  motor terseret kena langgar dengan kereta .Motor tu hampir nyaris-nyaris kena ana dengan acik ana,nasib baikk adik ana yang paling kecik tu naik kereta dulu.
Serius,ana jadi tergamam,terkaku,semua masa tu tengah pegang kek,kalau lepas memang bye-bye la kat kek tu.Tapi masa tu tak fikir apa dah,rasa macam dah tak selamat ni.Tapi dengan KASIH SAYANG ALLAH kepada kami,kami sekeluarga tak kena apa-apa.Lepastu yang bawak kereta tu cina,mereka pun turun kata kat penunggang motor yg dianggar tadi `are you okay`? blabla.Riders tu Melayu,Lelaki.
Ana ingatkan dia langgar 1 motor je,2 rupanya .1 motor lagi cina ,dia tak sempat brek terlanggar kereta.



Macam ni sebenarnya kereta tu nak masuk parking sebelah kereta ana,tapi kereta  tu tak bagi signal.Jadinya motor yang dari belakang dah laju kan masa kereta nak pusing masuk parking terlanggar la riders Melayu tadi.Ya Allah rasa cemas jugak time tu,tapi riders tu tak teruk sangat,takdelah berdarah-darah tapi motor baru dia BERCALAR..Tapi cara dia jatuh tu sakit jugak tahu tak.Benda tu memang jadi depan mata ana.Ana nampak dengan mata kepala ana sendiri!


Alhamdulillah,syukur tak kena apa-apa cuma tulah,motor tu jatuh betul2 belakang kereta family ana.
Jadinya kena tunggu riders dgn cina tu settle baru kami boleh gerak.Iktibar betul.
Itulah ceritanya.. Ana percaya mesti ramai dah ada pengalaman accident depan mata kan,ya bersyukurlah kita masih selamat.Wallahua`lam.

Sunday, January 12, 2014

I-think , you-think , we-think .

Assalamualaikum .
selamat petang , ya petang kerana post ini ditaip pada jam 3.30 . ya jangan pelik hari isnin memang Makmal Bestari dibuka KHAS unutk muslimat untuk melayari internet , fb , and so on .

jadinya tujuan ana taip entry kali ni , even kat sekolah kan . okay agak membunag masa tapi apa yang ana nak share.

kami first day masuk balik sekolah kan , terus start belajar ini sangat awesome . *salute*
ya diri ni masih tidak dapat menerima hakikat yang sebenarnya ana dah 17 tahun kalau ikut tahun la tapi kalau ikut bulan belum lagi okay , masih 16 , sweet 16 -.-

Hari Khamis bersamaan 6/1/2014 . cikgu BM masuk , okay anda semua diminta menggunakan i-think untuk membuat nota . i-think ? apa itu i-think ? 
yaaaa klik link dibawah , cehh ==`

http://www.ithink.org.my/Home/Page/ThinkingMaps

yaa yang itu lah . mind maps la sennag cerita . ya memang la bagus kan sennag nak faham tapi kalau dah kena buat mind map 7  - 10 ? haihh , nak buat mind map mana boleh cincai boncai mesti nak buat cantik-cantik ! jadinya memerlukan masa yang agak panjang dan homework yang lain boleh dikatakan tergendala sebentar -.-

dan Displin sekolah pun sekarang dah ketat . serius . kalau dulu nak outing ka balik bermalam ka tak payah guna kad bagai kan tapi sekarang ni kena guna kad .kena hantar kat bilik disiplin lepastu kena hantar kat pondok pengawal tulis nama lagi.haih makain susah nak outing , jumaat lepas turn muslimat outing kan , tudiaaa beratut panjang depan pondok pengawal yelah semata-mata nak tulis nama dan hantar kad outing . rasa macam membazir waktu kat situ banyak sangat . huhuhu.tapi takpelah ada hikmah,mungkin nak bagi kami tak suka outing kot.hahaha okay husnu dzon :)

last but not least , doakan lah kami batch 97 umumnya dan batch 59 Kisas dapat merangkul keunggulan .
bertarafkan generasi Ulul Albab :D straight A+ Amin :)

kepada senior-senior KISAS ana bet antum mesti RINDU KISAS . yaa ana tahu , jadi apa tunggu lagi , mari lah datang melawat KISAS. ana dah ada nampak dah ada senior yang datang , batch 58 , kak Saadah , Kak Puteri Atikah dan lain-lain .
sekian , assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh-