Monday, November 25, 2013

Limited Edition of holiday package.

Allahumma solli ala Muhammad .


Bersyukur dapat hidup lagi harini,selawat keatas nabi Muhammad SAW.

Harap anda sihat,kalau taksihat Syafakillah :(

Jadi harini,based on the topic. dengar macam best je macam best je. A`ah

memang best pun.Bukan semua orang dapat tau serious talk.


Lama aku tenung pakej ni,patutkah aku ignore atau pergi BUAT.

Gaya macam nak pergi holiday,saya berholiday dirumah sahaja.Namun saya tetap gembira,sebab apa?
sebab ... pernah dengar Rumahku Syurgaku ? yaa that one.

Lagi suka duduk rumah sebenarnya,tapi tulah sejak ada laptop sendiri ni memang aku konker habis.
Tidur lambat,buat apa ? FB,Twitter,Youtube,Blog okay serius wastiing time

Tapi aku berjaya tak online sehari,bagi aku itu satu petanda yg baik.Lama-lama mesti aku takrajin online dah.and

I wanna be like that. Online boleh tapi seminggu 2 kali.ehhhhhh
okay mengarutlah ini semua.Berbalik kepada tajuk.

I just cant describe it, tengoklah sendiri.

P/S: Sila klik gambar untuk lihat lebih jelas.





 * INI PALING AWESOME. BUKU SKRAP,KAMUS PULAK.KALAU PBS BUAT KERJA NI MAHU DAPAT BAND 6 SEBAB DAPAT BUAT KAMUS SENDIRI ? ERRR,


 5 SEKALI GUS.KENA BUAT SEMUA.INI SOALAN SPM 2013 .YES ,ITS TRUE



Banyak tak? Mohon cakap sikit,termotivasi la jugak aku,Perhaps.

Terima kasih cikgu ! *gaya upin ipin* sebab bagi kami homework yang susah nak dapat .
Kami hargai :)
Penat lelah cikgu ,
tanpa rasa jemuu
mengajar kami.
Halalkan semuanya cikgu.

Last but not least,
Maaf saya pohon awal-awal andai ada yang taksempat siap*gerenti ada*


Okay,sampai disini sahaja.
Assalamualaikum.

Saturday, November 23, 2013

Hanya mampu senyum :)

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya Allah masih bagi kita bernafas dan bagi anda peluang untuk hidup dan baca blog saya.Seterusnya selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan jerih payah Baginda,penat lelah Baginda,berkocaknya darah di sepatu Baginda,patahnya gigi Baginda berdakwah akkhirnya sampai Islam kepada kita dan satu nikmat lagi iaitu Iman InsyaAllah.*actually Intro budak kisas setiap kali mula tazkirah*bila takde intro mcm ada kurang je.Benda baru belajar :D

Orait,soo tajuk harini mcm tak kena tapi apa yang saya nak ceritakan sebenarnya pasal Jemaah Subuh di Masjid.

Pagi tadi ayah ajak la pergi Masjid kan,subuh kottt.Mengantuk mata berkedip-kedip je kan,aku  pun apa lagi bangun minum air bantai buah epal,tetiba rasa lapar,buah je ada,biskut ada tapi tak selera tekak,nak buah jugakMaka saya pun makan epal jap,.
adik turun.

Kak ,buat apa tu? MAKAN ? EPAL pepagi dah kenapa? lapar kebuluq ka? *gelak jahat*

Me: err,diam lah.Jangan nk terkejut sangat,ho laaa lapaq kut,akak bantai epal bukan apa,nak segar time kuliah subuh nanti ,epal kan FRESH .kang takpasai-pasai tersengguk-sengguk apa pun takdapat.

adik: yelah kak oi,dah cepat pergi amek wudhu` sana.


hek,annoying betul lah dia ni,aku kalau tak gaduh dgn dia sehari mmg tak sah.Sabar.

Err,ni dah melencong mana,tajuk Solat Berjemaah . Kemudian pergilah masjid,dah sampai,tengok uish banyak juga kereta.Maka saya pun turun dari kereta dan masuk ke Masjid.Apa yang menyedihkan saya Muslimat hanya ada 2  orang .Ituu pun makcik . Sangat susah nak tengok Muslimat muda berjemaah di Masjid bukan Subuh je Maghrib Isyak jugak.Muslimin pun kebanyakan yang dah berumur,mana syabab harapan pemangkin ummah ? hmm.Jadi saya takda kawan nak dibuat,adik saya jela yang ada pun. Saya bosan tengok muka beliauu.hahaha takdelah gurau.

Makcik-makcik sangat peramah siap tanya duduk mana , jalan berapa , yaa merekalah teman saya . 
Okay,then solatlah.tapi sebelum solat tu saya nampak ayah saya betul-betul depan saya,memang asing tapi ada langsir jarang yang memisahkan ruang Muslimin dan Muslimat.Saya gembira tengok ayah saya,nampak ke`gentlemen`nya disitu. 


Laki yang solat jemaah SMART kot.serius,okay saya tak pandang laki lain,saya pandang ayah saya ja. Gaze Gaze ,Lower your Gaze.
Walaupun ayah dah biasa mengimami kami anak beranak kat rumah,ayah tetap suka solat di Masjid.
Semoga ayah jadi Qudwah Hasanah kepada keluarga ,InsyaAllah :)

Jadi point saya seterusnya ialah ini



" Sesiapa yang solat Subuh berjema'ah, maka dia akan berada dalam peliharaan Allah ta'ala" (HR Ibn Majah)

 " Sesiapa yang solat Isya' secara berjema'ah, maka seolah-olah dia telah qiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh secara berjema'ah, maka seolah-olah dia telah qiamullail seluruh malam." (HR Muslim)


Hadis ni hadis sahih . Ada sanad dan matan nya disitu ,diriwayatkan oleh siapa.Jadi bila kita dah tahu? Adakah kita goyang kaki and said `ohh ye ke? ohh` just like that? Kita buatlah . InsyaAllah,sama-sama okay awak ? Cuba istiqomah , Moga Allah permudahkan.Amin.









Jom check balik solat kita,berdasarkan gambar diatas ,kita tergolong dalam orang yang macam mana.
Allahu,muhasabah.Nak khusyuk dalam solat memang susah,ada ja benda lain nak pikir,time solat jugaklah fikir.Nampak tak Syaitonnn kacau kita? Tapi InsyaAllah doa banyak-banyak ,mohon perlindungan daripada Allah,dan tambahkan inisiatif seperti menghafal makna Surah ,at least Surah Al-Fatihah kena hafal,supaya kita boleh hayati dalam solat kita .takda la fikiran melayang ke New Zealand atau mana-mana.


Satu lagi cara bayangkan kita solat ni ada neraka kat depan belakang . Mesti kita takut kan ?
InsyaAllah khusyuk,kita memang kena hadirkkan rasa takut pada azab Allah kerana sememangnya azab Allah itu pedih ! Allahuuuu.




Rugi benar kalau kita tak rebut peluang yang Allah bagi ni. Allah offer tu , takkan nak tolak ? Jom! Grab it!




Dari sudut sains pun dah membuktikan . See see? Tak rugi solat Jemaah lagi2 kita betul-betul  rapatkan saf,ni saf pun tak rapat acano? Habeh sapa yang isi ruang kosong tuu? Haaaaa,syaitonnn yang isi lepastu bisik memacam,nak ?

Berdasarkan hadis diatas,kita boleh lihat pada kalimah Sufufkum-saf. Yulziqu -merapatkan. qodamahu-kakinya .kesimpulannya hadis ni,Rasulullah solat boleh nampak dari belakang siapa yg rapatkan saf ke tak melalui kaki dan bahu.



Moh mengimarahkan Masjid ! Daftar Rakan Muda Masjid jommm. Masjid surau rumah Allah.
Sesungguhnya apabila kamu mengingati Allah,nescaya jiwamu akan tenang

akhir  kalam,bersama membaiki solat kita kerana solat perkara pertama yang akan dihitung dihisab nanti.
sekian,assalamualaikum.

Friday, November 22, 2013

Lets flashback.

Selamat pagi , selamat petang , selamat malam :) Apa khabar iman kita harini ? hee apa apa pon , marilah kita membuka majlis kita dengan Surah AL-Fatihah . Alhamdulillah , marilah kita memanjatkan kesyukuran yang setinggi tingginya kepada Allah S.W.T kerana kita masih bernafas lagi di atas bumiNya dan atas jerih payah baginda nabi Muhammad S.A.W kita masih lagi menikmati nikmat IMAN dan ISLAM pada hari ini , Alhamdulillah .
Hee ayat di atas ini , ukhti ukhti , akhi akhi Kisas sering menggunakan ayat ayat di atas sebelum start apa apa majlis .hee , jadinya anda semua nak tahu tak bagaimana life saya di Kisas bumi waqafan ini ? Yaa saya akan ceritakan . wink wink .
First day in Kisas - Mak mana kasut ina , mak mana beg mana mana mana dan mana . *riuh pagi pagi di dalam rumah* aku dah siap kemas beg beg tu semua malam sebelum nk pergi tuh , pagii tu just nak make sure semua barang ada .tanak tertinggal apa apa .
Setibanya di Kolej Islam Sultan Alam Shah , then aku macam :O ooooo lawaaa sekolah ni , besar juga . Masuk kereta dalam sekolah then pergi Dewan Muttaqin Al-Muthaqqafin buat pendaftaran kan . Then aku macam hah ? Penuh nyaaa dewan ni acano nak duduk , then ada kakak datang kata adik masuk sini duduk sini siap amekkan kerusi , baik benar kakak tu :)
*Sila click pada gambar untuk tumbesaran*

Dengar Pengetua berucap yaa salah satunya yang paling aku ingat dia kata
`Kamu lah orang yg dipilih oleh Allah untuk masuk ke Kisas ni `
and mee like woooo right , so aku takkan sia sia kan peluang dan rezeki yang Allah dah bagi :')
then time for masuk hostel ! okay err jangan tanya la aku bawak berapa beg , 3 jer , haha banyakkan ? diam ah -.- tapi berat2 semuanya , ada akak tu dia tolong aku bawak beg , kesian dia , dahla berat ! Ya Allah , akak tu tahan jer , gagah kakak tu bawak padahal aku tahu dia sedang menahan kesakitan membawa beg aku itu hahaha sayang akak :*
Setibanya di depan pintu aspuri , 
`adik , rumah apa ? dorm berapa ? `
and me likee `ohh kertas yg akk tu bagi ada tulis rumah dengan no.dorm`
`Rumah Ali , dorm 32 `
Ohh rumah Ali laa , okay okay jom ikut akak , kata akak itu .
okay nak tahu tak dorm aku en en atas sekali ! haha level 4 ! huiyoo jangan harap lah aku nak gemok kan , always slim okay , bayangkan sehari sahaja dah berapa kali naik turun tangga -.-
Masuk dorm je , okay adik pilih la nak katil mana , aku macam blur2 haa ? pilih ? haha
Katil double decker kay aku macam ishh nak atas ke bawah ?
aku pon malas nak pikiaq panjang aku main sebut ja `bawah la yang ni `
aku tunjuk katil mana aku nak , aku ni pandai tak check pon gebu tak katil aku , bantal aku keras ke tak hahaha lantak la asal nyenyak tidur cukup .
then mak datang kat dorm aku , mak aku yg pasangkan cadar , selimut , sarung bantal hahaha malu bohh , aku nak ja buat sendiri tapi aku kabut sangat time tu. Nak isi borang SMM bagai , adeh sabar jelah haha .
then aku nak cakap locker aku besar ! haha alaa locker yg standard tu kan , locker besi tu , heee sayang , locker aku jauh dengan katil aku . haha susah ah jauh , nanti malam malam lapaq , nak selongkaq locker jauhh :'( hahahaha lol
then aku kemas-kemas baju bau dalam locker dan yaa banyak benar baju yang aku bawak -.-
MAKANAN aku pon banyak , dan WAJIB BANYAK sekian . hahaha
locker aku dah siap label soo aku ikut jela , makanan letak mana , baju letak mana , alat-alat solek letak mana , letak buku kat mana . 
Then pergi surau solat,then aku tak jemaah pon , takut nak jemaah sekali hahaha budak baru kan , satu budaya kat kisas ni yang aku kagum juga depa takkan solat sorang2 , mesti berjemaah . contoh kan , akan ada seorang jadi imam then ada la makmumnya kan , then kata imam tu dah rakaat keempat , orang lain yg masuk lambat akan buat sof baru , dan imam baru then solat jemaah . haaaa bagus kan , ada sesetengah orang lagi suka solat bersendirian.
aku taktahu nak cerita apa dah haha banyak lagi tapi tulah tak reti la nak cerita kat sini haha , kena face to face , haaa hampa face to face dengan aku aku cerita non-stop hahah ni belum aku cerita lagi dugaan yang perlu aku hadapi kat Kisas ni hahahaha , sokay aku bagi hampa tengok gambar jelah eh .
last but not least , aku bangga jadi warga Kisas , KISASIANS ^^
*pandangan dari jejantas *

* Inilah pejabat Kisas , lawaa ken *

*Yang ni Dewan Kuliah Ulul Albab 

*Acehh masuk masuk je pagar kisas , benda ni yang aku nampak dulu 

*COE ! Centre Of Excellence tempat kami berhimpun pagi pagi , hampa tak nampak la tapak perhimpuanannya ni pentas dia -.-

Ni ja yang mampu aku cerita hahaha cewahh , nanti aku bagitahu lagi okay , ikut semasa ke semasa hahaha , okay undur diri , Assalamualaikum .