Wednesday, December 3, 2014

Perjalanan seorang pelajar Kisas

Selamat Hari Isnin,Selasa,Rabu,Khamis,Jumaat,Sabtu,Ahad. pheww , Alhamdulillah Allah masih bagi kita bernafas kan . okay jadi apa khabar warga bloggers sekalian ? *Alhamdulillah sihat ceria luar biasa Allahu Akbar* okay itu skema jawapan budak Kisas je err muslimat maksud saya .keh


So , today im gonna tell you something about Kisas  .Macam jalan cerita hidup kat sini . post ni sesuai untuk sesiapa yang nak mohon Kisas . yang taknak mohon pun boleh baca . takpa tak kisah,umum. okay taknak intro lama-lama . proceed

Jam menunujukkan tepat 5.00 pagi.
Wani seorang yang sangat punctual,setiap hari pinjam jam aku.
`Zai , kau set jam pukul 5.00 tau`
soalan ni hari hari weh hari hari.
aku pun jawab `ye wani mestilah kang tak bangun semua orang haha`
dan aku jawab benda yang sama setiap hari.dari awal tahun k awal tahun haha

`KringggggggggGGggGGggGgggg!!`
Wani bangun,katil kami double decker,buat pengetahuan semua blok Ali Omar je yang katil double decker , blok Khalid Thariq single bed.haha
Wani atas katil Insyirah,sebelah katil insyirah aku dan atas katil aku takdak orang haha
First person yang wani akan kejutkan Insyirah la,then aku then semua orang dalam dorm tu yeah .
Insyirah pun senang je nak kejut dia,orang panggil dia nama penuh takpayah nak goncang katil pun dia dah bangun.aku lagi senang nak bangun haha,tapi tu semua awal tahun je dah nak SPM kau tahu kan penat dia macam mana hahaha.kejut sekali tak bangun kena afdol 3 kali baru bangun haha .tapi still awal kay awal haha.
*actually ni snap masa semua nk balik dah haha ni siapa yang blok ali omar je tau

then pergi mandi semua memang takde orang sangat pun,so no problem no beratur panjang.
then ada masa sikit study lah jap kan sementara nak tunggu azan Subuh.Then solat jemaah semua.
Baca Al-Quran jap.Then naik atas siap2 kemas beg,pakai baju sekolah,kasi tegang itu katil setegang tegangnya kay,kemas dorm,sapu sampah , buang sampah , okay takpa tu ada duty rooster haha.Then tepat pukul 6.30 KP akan buat announcement `Assalamualaikum W.B.T,selamat pagi diucapkan kepada semua warga aspuri,anda diundang untuk mengabil sarapan pagi anda .menu pada hari ini adalah koko krunch` kehh meloncat semua bahh,ehh bahh ? haha okay
then nak p sekolah dah ni , tetiba Amira Sofea KP(ketua pelajar) dorm kami yang comel hekhek tegur`Zai mana name tag ? `aaaaaa okayokay lupa pulak thanks`okay takpa








.Then p DM , makan sarapanggggg.



 * ini DM .Uyun , Insyirah :)





Ini masa masuk pagar Kisas nampak bangunan ni dulu.

Then p sekolah as usually kena beratur kat coe dulu . nak baca al-mathurat sama-sama.7.05 wajib kosongkan asrama kalau lambat kena ambik nama . okay.7.10 kena ada kat COE dah. 
*yang ni dekat pentas COE 

Muslimat memang punctual,Muslimin macam lambat sikit lah haha nak tunggu dorang ya Allah sabar jelah haha.Then bila semua dah sampai , bacalah mathurat sama2 then ada KP handle bukak majlis and ada lah announcement apa apa kan .then 7.30 masuk kelas,start kelas.10.25 rehat sampai 10.45 then sambung balik belajar sampai 2.50 .

 *ni kelas 506 hihiew


benda ni boleh nampak sebelah COE
then 2.50 tu sampai 3.30 boleh masuk asrama makan solat semua tapi takboleh naik dorm .haha kadang2 ada je cikgu mcm lajak sikit sampai 3.00,3.15 so kena tulis note tampal kat cermin bilik KP so boleh la keluar asrama lambat sikit ada alasan.then 3.30 SHARP kena kosongkan asrama.Sapa lambat kena ambik nama haa.ambik nama lagi haha,then 3.30 sampai 4.30 prep petang kat kelas prep masing2 bukan dalam asrama kay kat sekolah . asing la muslimin muslimat dan ikut form . then 4.30 tu dah boleh balik ,solat , mandi,basuh baju,riadah sukahati nak buat apa
*ini sudut dari aras atas sekali blok khalid thariq 

.then SHARP pukul 6.00 KP akan announce makan malam pulak haha . kalau lauk sedap mcm ayam goreng,ayam kurma,sup ayam.semua turun awal weh.haha SHARP pukul 6.20 wajib turun DM berpakaian baju prep k prep wajib semuanya,ambik makanan kat kaunter kadang2 dia dah sediakan atas meja , tengoklah tak menentu.then 6.30 semua kena duduk tempat masing-masing baca mathurat petang pulaa , makanan depan mata moga mathurat yang dibaca berkat dekat nasi yang kat depan mata tu.hihiew.

then baca doa sesama,makangggggggg . masa tu lah KP nak buat announcement macam2 kan. Doakan birthday orang semua kan . and SHARP 6.50 Kp akan announce rumah mana yang akan bangun dulu.Makan ni ikut rumah tau dan satu baris tu pun ikut rumah.Ada rumah Ali,Omar,Thariq,Khalid.lapik meja pun ikut warna rumah k terasa macam HARRY POTTER betul lah,haha then dah keluar DM . 


*ini Musolla dari sudut belakang
Akan ada yang akan naik atas , siap2 nak p musolla , ada yang akan terus pergi musolla ,then bila kaki dah jejak musolla tu haa hati fikiran semua dah tak fikir dah benda lain,ingat Allah ja lagi,masuk jejak kaki ke musolla semua orang dah tengah baca Al-Quran sementara menunggu azan maghrib. Tapi still ada yang bersembang buat halaqah swasta dan akan ada sorang cakap kat mic`warga musolla , bubarkan halaqah swasta` ya .then azan maghrib solat jemaah sama2 then lepas tu ada gap sikit sebelum mula kuliah maghrib semua akan buat solat sunat lepas maghrib.then MC akan start conduct maka bermulalah kuliah maghrib . Setia hari MC berlainan dan org yg bg pengisian pun berlainan ni semua di handle oleh BADAR BIRO CERAMAH,masa ni Humaira Asri jadi Biro Ceramah maka dialah handle ini semua.Dia buat jadual,Imam Bilal pun ada jadualnya,semua orang kena tapi kalau dah orang tu taknak pass kat orang lain lah haha.

then isyak pulak solat jemaah then pukul 9.00 SHARP lagi keluar asrama p prep malam pulak . siapa lambat kena tuleh nama yaaa senang cakap SAPA LAMBAT JA KENA TULIS NAMA tak kesah la nak p mana pun . haha kay. tahu tak depan pintu aspuri kau jalan sikit je dah sampai KANTIN . Maka tiap kali keluar asrama mesti singgah KANTIN dulu,kay kalau aku memang sudah menjadi satu kewajipan lah singgah kantin tu.haha at least beli kerepek RM1.00 haha ada motif kay supaya aku study nanti tak ngantuk haha.
*ini Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin
btw semua pgg phone ni sbb ni malam akhir fivers haha
takboleh bawak phone sesuka hati kay .


Then masuk kelas study,sampai pukul 10.30 then balik asrama amek supper .pukul 11.30 WAJIB LIGHT OFF , warden akan jerit dari bawah dorm siapa yang tak LIGHT OFF lagi.pehh warden masa time aku ni dia hapai dorm weh tiap aras . `dorm E24 ALI LIGHT OFF sekarang! ` dorm aku lah tu , dorm lain kena jugak haha tapi tak tiap hari , tengoklah warden macam mana haha.Teacher Haslina kay warden kami time tu sangat sporting dan garang sometimes haha,cikgu BI jugak.Kalau korang nak study tu pergi lari kat bilik study aras masing2 haha bilik study je limit dia lama sikit sampai pukul 1.00 pagi je.Then masuklah dorm semula dan beradulah.

Nah gambar2 pemandangan Kisas , sorry tak lawa tapi real life lawa weh











Maka begitulah perjalanan seorang pelajar Kisas setiap hari.Tu tak cerita lagi suasana dalam kelas macam mana semua kan , ini just overall yang sangat ringkas.bagi aku aku ambik masa setahun untuk adapt sebabnya aku takpernah duduk asrama .maka nak kejar masa tu macam kabut tapi lama2 okay je,lama2 kau akan terbiasa dan dah pandai agak masa,even tinggal 5 minit lagi pun kau takkan gelabah.haha

Sekian sahaja nukilan pada hari ini,nanti esok esok aku update lain pulak okay .Assalamualaikum =D

7 comments: