Monday, December 30, 2013

My Fate #Part 2

Mak: Ina! cepat bersiap ! dah pukul berapa ni ! dah lambat!!
Ina: ye ye ! dah siap!


kereta myvi putih bergerak lajuu.. Kelibat Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin melambai lambai,

`tu sekolahnya mak`
`ohhh,bang bang ni belok sini`

Selamat Datang :) -sapa seorang akak lalu dia salam ibuku kemudian terus menawarkan diri untuk angkat beg beg ana . Semuanya berat-berat belakaaa,kesian ana tengok akak tu,sampai sekarang rasa serbasalah 
-_____-

Malam pertama di KISAS.
`Okay,memandangkan kita ada adik-adik yang baru masuk,jom kita nyanyi untuk mereka!` seorang senior bersuara.

1,2,3

Selamat Datang adik,ke dunia batu kaca,
usah resah dan keliru,
karna neon nya terpadam,
jalan ini sibuk,
siapa pun takkan berhenti,
mobil silih berganti,sekalipun kau melintasi ada asap hitam memedih~


*rindunya kat akak2 nyanyi lagu ni :'(*

sebenarnya maksud lagu ni KISAS sekolahnya tepi jalan,tu yg ada word mobil2 tu.
i guess,huhu

Rasa diri ini dihargai,kedatangan kami ke sini disambut gembira,
Bahagianya rasa hati ini dari langkah pertama ku hingga sekarang :)

okay adik2,akak nak cerita pasal KISAS ni,
KISAS ni dulu istana tau,
lepastu Sultan waqafkan maka terbinalah KISAS,Bumi Waqafan Bumi Bertuah :)

-MINGGU JALINAN KASIH-


Ni minggu orentasi sebenarnya,ya kami form4 dan kami dilayan seperti form1 .haha >.<
Best MJK ni,sebabnya banyak aktiviti yang best2 PRS buat
Lagu MJK masih segar dalam ingatan ,lagu ni

makna lirik yang sangat mendalam,terasa ukhuwwah semakin mantap
kami nyanyi lagu ni sambil letak tangan atas bahu kawan kiri kanan

Dari tak kenal,jadi kenal
Bila dah kenal jadi kawan
Bila dah kawan jadi rapat
Bila dah rapat dapat rasa kemanisan berukhuwwah

ya KISAS ada keunikkannya.
tengok ni 
tapi sekarang dah jadi 6
satu lagi Usrah :)

Sungguh ku katakan,
diriku yang asalnya hanya dari SMK sahaja,hanya sekadar aliran ARAB sangat2 kagum terpesona tergamam terpana terpaku dengan keindahan ISLAM yang selama ni ana takpernah rasa.
Diri ini ditarbiyyah dengan kata2 yang penuh hikmah, dan penuh dengan keinsafan.

Ana muhasabah,dulu ana jahil sangat  bab bab agama ni,tapi sekarang alhamdulillah ada juga ilmu sikit-sikit yang dapat dipelajari di sini,Bumi Waqafan Bumi tarbiyyah.

Kehidupan ku berubah serta merta.
Terasa diri ini lebih dekat dengan Allah,
Terasa manisnya beribadah hanya kepada Allah
Beribadah kepada yang Maha Esa atas dasar Cinta,kasih,hamba dan mardhotillah !

Aku bersyukur kepada yang  MAHA ESA,


kerana mencampakkan diriku di tempat yang baik yang bolehku jadikan sebagai  titik permulaan untuk diriku berubah.
Sesungguhnya perancangan Allah itu hebat! 
Ku hargai takdir ini ya Allah :')
Thanks for everything.

#Okay,nantikan My Fate #part 3 .coming soon,hmm sekolah hari khamis,balik rabu ni *menghitung  hari*
tak sabar nak balik KISAS! Lailan Saidah,Assalamualaikum ^^V

Sunday, December 29, 2013

My Fate #Part 1



Bersyukur  kehadrat Illahi kerana dgn kasih sayangNya dapat lagi saya menaip entry pada kali ini.

Allah bagi kita ruang dan kesempatan untuk bertaubat maka kerana itu kita masih hidup sekarang :')

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW kerana dengan susah payah baginda menyebarkan dakwah,akhirnya dapat lagi kita menikmati dua nikmat yg terbesar iaitu nikmat Islam dan InsyaAllah nikmat Iman .


Jadi,wujudnya entri ana pada kali ini,ana ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman ana sepanjang ana di Bumi Waqafan , Kolej Islam Sultan Alam Shah , Klang .

  

Dalam Dewan SABAR .
`Ina,ehem hang mohon sekolah mana tu?` sapa Syifa
ku tenung lama borang permohonan SBP di tanganku,
`Ehh,Syifa,aku aku mohon SBPI Gopeng ( IGOP )`aku membalas
`ohhh ` balas Syifa
aku bertanya soalan yg sama `Syifa,hang mohon mana? Tengok sat ketaih hang`
`Kolej Islam Sultan Alam Shah`tertera atas kertas Syifaa
berkerut keningku tatkala membaca nama sekolah itu
lantas aku bertanya ` sekolah mana ni? Peseipa aku takpernah dengaq pun?`
Pendek sahaja jawapan Syifa`Google okay?`
aku hanya senyum :)
Setibanya di rumah

`Mana Lappy kesayangan aku,haa ni dia,okay bertenang,bernafas.`

entah kenapa ana rasa mcm tak sabar nak tahu pasal sekolah tu.

seakan-akan ada aura kuat yang menarik tentang sekolah itu.
puitis benar,okay biarkan.
Google,google ana terus tukar nama sekolah kat borang online dan surat permohonan .

Sebenarnya ibu bapaku tak kesah aku mohon mana pun,sebab semua sekolah sama kata mereka.
Lagipun,masa tu result PMR mana keluar lagi.Ana pun macam kurang yakin ja nak mohon ni.
Harapan dah menggunung nak pergi sana.Kalau tak dapat 9A macam mana nak masuk?
Tu sekolah hebat,pandai,SBP pula.Aku? SMK je,ada hati  nak masuk sekolah agama.
haihh harapan-harapan.Ada rezeki ada lah..


`Ina,hang hantaq lagi borang permohonan SBP tu? Hang pos dak lagi? Acik bertanya.

`ALAMAK,LUPA harini LAST hantaq kan? Alaa,cik! Cepat ! Lekaih la kita p pejabat POS!
Sempat lagi ni,baru pukui berapa,`
`Hang ni naaa,ish geramnya aku! Haa,cepat siap2! `
Kalut sangat time tu,Dah mula rasa sedih sebak tak keruan hancur harapan yang menggunung tu.
Dahla lambat hantar,Perak nak ke Klang,pikir boleh sampai dalam masa sehari ke?
Macam-macam ana fikir,negatif  pula tu.,Jenuh duk positive thinking.
`Ina,selalu selalu solat hajat,lepas maghrib tu solat sunat hajat,sujud terakhir mintak kat Allah sungguh2 yang Ina nak masuk KISAS tu` Nasihat nenek.
 Seusai solat maghrib,solat sunat hajat ku lakukan dengan penuh pengharapan.
Perasaanku ketika itu hanya Allah yang tahu.
Dari hari itu sampai lah hari keluar result PMR.
Tapi aku tetap teruskan sampai dapat keputusan SBP.

`Ina relax sudah,jangan gelabah`
`Check guna SMS jelah Ina`
Tamau aku,tak suprise,lagipun aku takut la,nak ambik dari tangan cikgu ja`
`Zainida Nor Afrina Bt. Mohd Zainuri, tahniah :) ` Kata Cikgu Jamaliah
`Terima Kasih cikgu :D`
Ana macam tak percaya deret A dari atas sampai bawah.INI MIRACLE.

Ana speechless,sujud syukur.
Handphone vibrate sana sini,mak ,acik,acu call.
Mereka bagaikan tak percaya ,
Acu: Ina hang dapat berapa?
Ina:9A la,
Acu:biaq betoi???

Ya mereka juga takpercaya kerana mereka tahu perangai saya macam mana.
Study takk hard sangat,tengok TV kurang tapi Internet nombor 1
Aku resah gelisah,aku harap ini bukan ISTIDRAJ.
*Istidraj-Allah bagi sesuatu nikmat untuk menambahkan kesesatan 

#  My fate part 2 coming soon ^^.Maaf ana nak je update lagi but tak berdaya dah,baru balik dari perak ke kajang. Esok ana sambung :) Night,Assalamualaikum

 

 


 

 


Thursday, December 12, 2013

Peoples around me are about to change

 Ge` Morning.Ge`Evening.Ge`Night
ehhh -.-
okay,I just dunno what to type actually.
Dun worry ,all these pictures will describe everything :')



Friends,i  dont want to know WHY suddenly you`ve changed.
I just want to support you from your behind and always InsyaAllah,
As long as im alive :D

Dear friends, Change is a process not an event.
so,slow down,just step by step
No need to do the drastic change :)


Kuasa di tangan anda.yeah .

Change is not easy 
but Istiqomah more difficult .

Just ignore what they said to you.
They didn`t know who are the REAL you

Keep Smile and Remember Allah always beside you and me and all of us!




Last but not least,Im feel vey grateful to Allah SWT,because lately ,mostly my friends are going to change themself , no .Im not a pious person but same as you In process to do the Transformation for a better life :)

Monday, December 2, 2013

I have already make a decision.


 Alhamdulillahi rabbil alamin,wassolatu wassalamuala asyrofil anbiya`i wal mursalin.Waa`la alihi wasohbihi ajmain.
Okay baiklah sebelum mulut terus berbicara,sebelum jari menaip dgn lebih laju,sebelum kaki mengorak langkah 
Mari kita bersama-sama muhasabah diri.
Ya Allah syukur Allah masih beri kita bernafas kan ? 
Tapi berapa di kalangan kita yang bersyukur?

Kadang-kadang kita lupa ,
Kita diciptakan oleh Allah untuk beribadah kepada-Nya semata-mata

Kadang-kadang  aku alpa,lalai dengan dunia yang fana ini Ya Allah
Ampunkan aku.Ampunkan keluarga aku,guru-guruku,kawan-kawanku,dan seluruh umat Islam

okay ,anda semua telah pun membaca tajuk diatas.
decision apa yang telah aku buat?
ya aku yakin dengan apa yang pilih ini.

Sebenarnya dah lama aku berniat nak pakai purdah.Cuma tak ada sokongan dari mana-mana pihak.

`Ehh Zai,kau nak berpurdah? Kau serius ke? `

`Ehh Zai kau pikir kau lawa sangat ke sampai nak berpurdah ,takda pun org nak pandang muka kau tu`

`Zai,fikir elok-elok,jangan main-main.Kena istiqomah,kau kuat?`

`erm,tapi Zai kita kena baiki dulu diri kita ni,mantapkan Iman dulu baru pakai`

Sangat banyak persoalan dan refleksi yang mereka kemuka kan. 
Aku akui,aku tak selawa mana tak secantik mana .
Aku akui Iman , Akhlak aku tak begitu baik tak begitu mantap

Tapi sahabat aku buat ini semua kerana Sunat sahabat Sunat
Aku sedaya upaya melakukan perkara sunat dan berpurdah salah satunya.
Isteri-isteri Nabi memakai purdah.
 Sahabat kalau nak tunggu Iman mantap baru nak pakai memang akhirnya tak pakaila
Mana ada orang rasa Iman dia mantap.

Namun ada juga hujjah-hujjah yang menerangkan hukum pemakaian purdah adalah tidak wajib, tetapi di galakkan untuk memakainya. Hujjah-hujjah tersebut boleh dilihat pada blog Dr. Asri Zainal Abidin.

Dan tidak syak lagi fitnah pada zaman ini adalah tidak aman, maka oleh yang demikian kami berpandangan wajib bagi wanita untuk menutup wajah mereka(berpurdah) bagi memelihara kehormatan sebagai seorang muslimah.. “





Jangan anggap kami yang berpurdah ni dah cukup ALIM
Kami juga manusia .
Takpernah lepas daripada melakukan kesalahan.
Jika nampak kami salah,
tegur kami. 
Mohon.
Bagi kami ini salah satu cara untuk taqarrub dengan Allah.
InsyaAllah .


Kepada sesiapa yang dah berniat nak pakai,teruskan dengan Niat anda :)
Allah pasti akan bantu kepada kita semua!
Ketepikan pandangan manusia,
usah kau dengar tomahan dan kejian yang mereka lontarkan.
Tapi
Letakkan Pandangan Allah paling atas dalam hidup kita

Yang penting redha Yang Maha Esa bukan redha Manusia.

Kepada yang membaca ,ana mintak maaf salah silap sepanjang kita berukhuwwah.
Doakan ana isitiqomah,
Doakan kita semua akan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T 

Sekian sahaja,
Assalamualaikum.