okay ni entri pertama bagi tahun 2015 . Gila kan,nampak sangat dah lama tak update blog.haha.Sorry.Bukan malas,cuma taktahu nak cerita apa even sebenarnya terlalulah banyak yang hendak saya bicarakan.hoceh haha.okay jadi,hari ini nak cerita pasal ujian aku paling berat lah bagi aku pada tahun ini ya 2015 :(
Semua tahu kan,usia aku berapa,ya yes 18 years old.Semua kawan kawan dah sambung belajar okay,dan cuma aku ya akuuuuuuuuuuuuu sahaja masih dirumah.Hahahahahahaha. Okay,aku taktahu nak sedih ke gembira huhuhu. Sedih for sure lah pasai depa semua dah ramai fly Jordan,Mesir,Beijing masuk UIA,USIM,UM,UITM,IPG,MATRIKS dan seangkatan dengannya.
Aku percaya ini semua soal takdir. Ya inilah takdir aku untuk masih berada dirumah.
Sebenarnya aku dapat ja tawaran belajar di matriks Melaka tapiiiiii aku tolak.Aliran sains wehh hahhahaa tak mampu aku nak teruskan bidang sains lagi.Sebab apa ? Sebab subjek Sains la slip SPM aku deret C+ haha. yes. ohh jap,nak bagitahu gred SPM aku.Jengjengjeng.
Bahasa Malaysia A
Bahasa Inggeris A
Bahasa Arab A+
Sejarah A
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah A-
Pendidikan Syariah Islamiah A-
Matematik B+
Physics C+
Biolgy C+
Chemistry C+
AddMath C+
Haaa nah amek hahahhaa.Boleh nampak tak kat situ apa yang paling spoil ? haa kan.
Dengan keputusan begini pun aku tak dapat mana mana dalam UPU. Sedih,Remuk.Punah harapan aku. Bila semak UPU tu takdapat rasa macam gelap dunia hah .Satu hari tu aku nangis je tau.Macam susah la nak terima kenyataan en.Terkilan sangat sebab takdapat memana padahal SPM aku taklah teruk sangat, But well,semua ni about REZEKI.Ada je kan yang result cecukup makan tapi dapat masuk U.
Tapi bila fikir balik kan sebenarnya ada hikmah di sebalik semua yang terjadi ni. Hikmah ni kita takboleh tunggu tapi kita kena cari ! CARI ya,baru hati rasa tenang.Hikmah yang aku cari dan aku rasa inilah hikmahnya ialah Allah nak aku spend masa dengan family lama lama sebab sebelum ni aku belajar kat perak 2 tahun duk dengan atok,pehtu 2 tahun lagi kat asrama penuh,so bilanya kan nak ada masa dengan family.Maka Allah bagi aku setahun ni duduk rumah,tolong mak ayah,kemas rumah,belajar memasak,jaga adik 5 tahun yang banyak ragam dan karenahnya huhuuu
Allah bagi aku masa untuk berjasa kat mak ayah sekarang ni mungkin tak lama lagi aku bakal disunting oleh seorang mujahid agama,cehhh haha, ini andaian je lah huhu. Justeru itu,aku cuma follow the flow tak nangis dah tak sambung memana lagi ,aku masih menunggu ambilan ketiga UIA bulan 11 ni masuk In shaa Allah,Doakan ehh.
Tapi bila orang tanya aku,Zaiii,sekarang kat mana? Aku macam emmm terus rasa sedih haha. Nak taknak jawab jugak tak p memana,duk rumah lagi. Nak kahwin je terus.kahkahkah. Serius,sensetip soalan tu haha
Sebelum ni dapat tawaran p KUIS,tapi swastaaaaa mahai la kan haha even ada tajaan. Sebenarnya target aku nak degree UIA. Kalau aku masuk KUIS asasi arab setahun and nak keluar degree kat UIA,aku kena bayar balik semuaaaaaa tajaan yang kuis bagi,bukan sikit K,BANYAK gila! around RM6,000 ! haaa asasi je tu.huhuuhu.Maka aku pilih untuk bersabar dan tunggu UIA lagi,takpernah berhenti berdoa moga Allah mudahkan urusan aku .
Okay tu je dulu untuk harini. RASA AWKWARD betui menaip pepanjang haha,Akibat dah lama tak menaip pepanjang haha.K Salam sayang buat semua pembaca =D