Friday, May 30, 2014

Hati Oh Hati ,kenapa dengan kamu ?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Syukur dan selawat .
Udara pagi ni nyaman betul,nikmat daripada Allah.
Alhamdulillah !


dah lama sangat tak update entry kan.
bukan taknak update sebab malas dan seantero dengannya
tapi benda yang aku nak cerita takboleh diungkapkan dengan kata-kata.hocehh serius serius
Banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup aku yang aku nak cerita,tapi susah nak ceritakan.
dush,paham dak ni?
buat-buat faham jelah.
so apa yang membuatkan aku tetiba nak update harini?
jengjengjeng.

Biarlah rahsia bak kata Siti NurHaliza

okay proceed,malas nak berpanjang lebar muqaddimah yg tak penting ni.huhu

Aku: weh,aku ada masalah ni

Conan: Apa dia ?
Aku: Aku taktahu kenapa semua benda yang dia buat aku nampak SALAH.ergggh

Conan: Apabenda contohnya ?

Aku: Takpayah bagi contoh,semua benda aku nampak salah bila dia buat.Padahal bila pikir balik okay je kot.

Conan: Sorry lah kali ni  memang aku JUJUR,takkan  aku nak backup hang je.Cuba check hati hang.

ZZZzzZZup ! 10 DAS  TEMBAKAN yang padu terkena tepat pada  hati aku.


Aku: Aku pun rasa hati aku bermasalah,haihhh hati hati 

Conan: Ya,cuba kau husnu dzon,gerenti BAHAGIA.

Aku: Boleh,dengan dia ni seorang je aku takboleh nak HUSNU DZON masalahnya

Conan: Tu maksudnya ada benda yang tak settle lagi la between kauu dan dia.

Aku: Benda apa eh ,macam tak ada .

Conan: Ada,ataupun kau terlalu high expectation kat dia,atau  hang terlalu nakkan `Kesempurnaan` sampai apa apa benda yang slack sikit je hang nampak benda tu sangatlah besar gedabak.

Aku: Wah,ada betulnya jugak tu.Aku rasa ni kot antara punca  yang paling tepat yang aku sendiri tak terfikir.

Conan: So,apa hang nak buat?

Aku: Hang rasa?

Conan: Tanya aku balik,apabenda ni,ish,nak pendapat aku jugak ka?

Aku: Of Course,idea hang takpernah mengecewakan aku.

Conan: okay,macam ni hang slow talk face to face baru settle benda ni

Aku: Nak slowtalk apa pulak?

Conan: Slowtalk la apa yang hang takpuas hati dengan dia,lepastu mintak maaf.

Aku:Sangat bernas weh,sangat sangat membantu.Harapnya aku berani la buat macam tu

Conan: Penakut.Benda tu ja pun hang ni ish.Nak hati  tenang ka takmau?

Aku:Nak,mestilah nak.ish,Terima Kasih weh,aku banyak susahkan hang.Banyak benda aku cerita kat hang sejak form 2 sampai laaa ni lah .Tak terkira berapa puluh cerita dan masalah aku share dengan hang

Conan: Aku bagi? takpun,Aku ni wasilah ja.Allah yang bagi semua jalan tu cuma melalui aku.
Takpa ja,aku tolong  hang,hang tolong aku.Fair kan?

Aku: okay =)
Syukur betul dapat kawan macam dia ni.Thanks Ya Allah =D
Aku panggil dia conan sebab dia ni antara responden yang paling bagus.
Penyelesai masalah yang sangat handal.haha okay dah sampai situ ja aku puji hang.

MORAL OF THE STORY

=>Jangan terlalu mencari yang SEMPURNA kerana ianya memang MUSTAHIL kerana berpegang kepada prinsip NOBODY IS PERFECT.

=>Allah jadikan manusia supaya kita saling melengkapi antara satu sama lain.So bila kita nampak kelemahan kawan kita,kita tolong isikan kelemahan dia dengan kelebihan kita.

=>Jadilah kawan yang setiakawan,sentiasa disisi samada senang atau susah .

=>Fikir ikut akal jangan ikutkan kata hati sangat.

=>Mintak pendapat orang lain sebab kadang-kadang apa yang kita rasa ni tak betul dan tak patut.So try to ask other people about what you consider of.

=>Double Triple check hati , Jangan asyik nak salahkan orang je.Hubungan dengan Allah settle tak?

=> Last sekali,HUSNU DZON lah dalam segala perkara.Anda HUSNU DZON pasti anda bahagia
Kerana HUSNU DZON salah satu kunci kebahagiaan !

Thats all from me,Harapnya boleh cakna dan ambil ibrah pengajaran dari cerita aku ni.Terutamanya buat aku sendiri sebab benda ni yang aku hadapi sekarang dan umumnya untuk semua!

Semoga kita bersama mengejar MARDHOTILLAh redha ILLAHI.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.